Saturday, January 17, 2009

CELOTEH SC KL 3/09

Salam Pengakap!

Buah Cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Mengenai POR ramai yang tak belajar
Apa salah kita nak tunjukkan.

Sejak PPM melanda masaalah di heret ke mahkamah, ramai yang mula membuka kitab lapuk kita. Ramai yang cuba baca apa isi kandongannya. Ramai juga di antara kita tidak ambil peduli tentang Dasar, Organisasi dan Peraturan PPM yang ada. Sebenarnya tidak siapa tahu bila POR ini mula di bukukan, tapi pastinya POR ini mesti ujud bila Ordinan Budak-Budak Pengakap, bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu di wartakan pada tahun 1953. Ini kerana POR bagi United Kingdom yang di kaji semula dari edisi 1947, telah di wartakan pada 1 Febuari 1952, dan jika kita lihat isi kandongan POR 1952 ini, 70% darinya di terjemah bulat-bulat dari POR UK tesebut.

Jika kita lihat seimbas lalu isi POR kita sekarang, kita lihat Jawatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Penaung Utama PPM tersurat di perkara 11 didalamnya. Maka, pasti nya POR ini telah melalui zaman Kermerdekaan. Jika kit abaca di Bahagian VIII pula, kita dapati Pindaan seperti nama-nama “Pengakap Muda”, “Pengakap Remaja”, “Pengakap Putera” ujud. Ini berbeza dengan di bahagian-bahagian yang terdahulu di mana ada yang meyebut nama “Budak Pengakap”, dan “Pengakap Kanan”, dan juga nama seperti “Akela” masih di guna pakai. Dari segi Pakaian kepala masih tersurat mengenai “Plume”, “Songkok Kelasi”, “beret”, “Songkok Forage” dan juga “Songkok Melayu”.

Dari segi Jawatan, terdapat beberapa jawatan yang bertindih seperti “Pesuruhjaya Wilayah”, “Pesuruhjaya Daerah”, Pesuruhjaya Kawasan” dan juga “Persekutuan Tempatan”. Jawatan-jawatan Waden, Timbalan Ketua Kem dan Ketua-Ketua Akela masih ujud dalam POR. Perkataan PPM masih di gunakan sebagai PBBPM di dalam POR sekarang.

Perlantikan Pengakap Kanak-Kanak dengan Lencana “Tenderpad” di POR 226 dan Perlantikan Pengakap dengan Lencana “Tendefoot” di POR 243 masih ujud. Lencana Kelas Kedua, Kelas Satu, Bushman’s Thong, lencana Kelasi , dan Lencana Penerbangan masih ujud.

Jawatan-Jawatan Majlis di pringkat Nasional, Negeri, Daerah dan Kumpulan yang ada sekarang semua nya tidak mengikut apa yang tersurat di dalam POR sekarang.

Sebelum ini saya telah menerangkan secara ringkas tentang Akta Persekutuan Pengakap –Pengakap Malaysia, 1968 atau saya lebih senang mengelarkannya sebagai Akta Pengakap 1968. Pengakap adalah satu organasasi bukan Kerajaan yang unik dimana ianya tidak diletak dibawah mana-mana menteri atau kementerian. Seksyen 6 Akta Pengakap 1968 dengan jelas menyatakan bahawa pengakap hendaklah di takbirkan oleh Majlis. Dan Seksyen 9 memberi kuasa penuh kepada Majlis untuk membuat, mengubah atau membatalkan kaedah-kaedah dan undang-undang kecil Pengakap. Maka saya berpendapat bahawa Parliamen telah memberi kuasa autonomi yang sangat besar kepada Majlis Pengakap untuk mentadbir dan mengerakkan perbadanan Pengakap ini. (Sila rujuk tulisan saya mengenai Akta Pengakap sebelum ini)


Persoalannya sekarang adalah “Adakah isi kandong POR kita masih releven”? Jawapan saya adalah ya dan juga tidak. Ya kerana Pengakap adalah satu pertubuhan Global dan tidak kerana kita mempunyai budaya dan tatacara hidup tempatan (Local) tersendiri. Apa yang belaku dalam pengakap sejak 30 tahun yang lampau, pucuk pimpinan kita telah banyak mencabuli POR yang asal, Meminda POR secara “As I see It” dan tidak secara “Holistic cross reference”, Melaksanakan perubahan dasar tanpa meminda POR ini terlebih dahulu dan hasilnya adalah “What you do is not what you should but what you should is not actually what you are”. Segala-galanya sudah menjadi seperti “The egg and the Chicken”! Majlis yang di beri kuasa oleh Parliamen hanya bersidang 2 tahun sekali, it upon untuk membuat pemilihan. Lembaga ‘EXCO” yang tidak jelas di dalap POR yang ada sekarang mengambil alih tugas. Dasar dan objektif Pengakap sebenar yang tersurat di dalam POR jarang sekali di kupas dan di huraikan untuk kefahaman semua ahli. Sebagi seorang Pengakap sejak umur 10 tahun, saya melihat perubahan pentadbiran Pengakap “from bad to worst” kerana kita lupa merujuk kembali kitab asal kita. Walau bagaimana pun kita masih belum terlambat untuk membanggunkan semula PPM ini supaya ia nya akan menjadi satu Pergerakan yang paling releven dulu, sekarang dan bila-bila.

Kita mesti selamatkan POR kita supaya ianya menjadi satu panduan PPM yang berbentuk GLOKAL (global dan local). Sebelum kita kea rah itu, mari kita belajar sejarah POR ini terlebih dahulu. Saya dengan penuh kesedaran dan kerelaan telah membaca dan terus membaca supaya saya dapat memberi penerangan yang cara termudah bagi suadara dan suadari memahami isi kandongan POR kita ini.


Kajian saya tentang POR kita adalah berdasarkan kepada dokumen-dokumen yang ada seperti berikut:

Ordinan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu (60/1953)

UK’s Policy, Organisation And Rules 1952 Edition edited from the 1947 Edition (effective from 1 February 1952)

Buku: “Persakutuan2 Tempatan (Local Associations)” Persakutuan Budak2 Pengakap, Pesakutuan Tanah Melayu.

POR PPM yang ada sekarang

Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968.


Jika kita lihat pada UK’s Policy, Organisation And Rules 1952 Edition (edited from the 1947 Edition) kita dapati bahawa:


POR ini mula di kuat-kuasakan pada 1 Febuari 1952.

POR ini dikeluarkan atas perintah Jawatankuasa Majlis Persekutuan Budak-Budak Pengakap diatas kuasa yang di berikan kepada mereka oleh Royal Charter of Incorporation and the Bye-Laws.


POR 1952 (United Kingdom) juga menyatakan:

“The Boy Scouts Association” telah di perbadankan oleh Royal Charter pada January 1912, dan di iktiraf oleh undang-undang sebagai sebuah kebajikan pendidikan.

His Majesty Raja England adalah Penaung Persekutuan tersebut.

Dengan Chartered Associations (Protection of Names and Uniforms)Act, 1926, dan Chartered Associations (Boy Scouts Association) Protection Order, 1927, nama persekutuan dan beberapa gelaran dan lencana diberi perlindungan undang-undang, dan mana-mana orang yang tidak berhak mengunakannya boleh di dakwa.

Saya berpendapat Pemakaian POR 1952(UK) Untuk PPM adalah kerana:

Ordinan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu mula dikuat-kuasakan pada 1953.

Memandangkan Tanah Melayu ketika itu masih dalam Jajahan Kerajaan Inggeris, maka bagi memudahkan peyerapan kaedah dan peraturan, maka POR 1952 Inggris di serap secara keseluruhan bagi Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu.(Kemungkinan pada tahun 1953)



Saya juga merujuk kepada sebuah Buku yang berjudul “Persakutuan Tempatan” (Local Associations). Di dalam POR banyak perkataan “Persakutuan Tempatan” (P.T.)di sebut. Dari isi kandong buku ini saya berpendapat ianya adalah seakan-akan Majlis Daerah Pengakap yang ada sekarang. Selain dari itu saya dapati:

Buku ini dipercayai di tulis (dalam dua bahasa) selepas Ordinan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu digubal pada tahun 1953.

Yang Berhormat Almahrum Dato’ Haji M. Eusoff b. Yusoff, C.B.E./ LL.D., J.P., Orang Kaya Kaya, Dato’ Panglima Kinta Sri Amar Bangsa di-Raja, Pengerusi, Persidangan Pengakap Persakutuan Tanah Melayu , telah menyatakan seperti berikut dalam pendahuluan buku ini:

Lord Baden Powell of Gilwell, pengasas Persakutuan Pengakap berkata yang Mengakap itu ia-ah suatu permainan bagi budak2.
Memang benar ia itu suatu permainan bagi budak2, tetapi supaya budak2 itu boleh bermain dengan sapenoh-nya perkara ini jadi-lah suatu perkerjaan bagi orang tua2. Ini tidak pula erti-nya chuma beberapa orang tua2 yang sedia memakai uniform Pergerakan dan mengambil bahagian untok melateh budak2 itu sahaja, tetapi dimaksudkan ia-lah segala orang tua2 yang ternama dan mempunyai budi pekerti yang baik – tidakpula di-mestikan orang2 yang kaya atau yang mempunyai kuasa tetapi ia-lah orang2 yang di-kenali oleh orang2 sa-peringkat-nya dan jiran2-nya sa-bagai orang2 yang oleh di-percayai, boleh di-harap dan ‘adil – orang2 yang mengambil berat di-atas pemuda2 sekarang supaya menjadi ra’ayat yang sempurna kemudian hari ini dan bersedia mengorbankan masa dan tenaga-nya menolong membentok orang muda2 itu.

Kapada orang2 ini-lah buku ini di-arangkan. Buku ini menunjokkan chara2 orang2 yang suka membuat kebajikan boleh membantu Persakutuan pengakap membentok budak2 yang penuh dengan suka ria pada hari ii menjadi orang2 yag berguna kemudian hari. Ada banyak kerja untok semua orang dan tiap2 kerja walau pu kechil akan membantu budak2 itu di-dalam hidup-nya dari waktu budak-nya yang bergembira kapada tua-nya yang berguna.
Persakutuan Pengakap Persakutuan Tanah Melayu ada mempunyai ahli2 sa-ramai 40,000 lebeh dan maseh juga bertambah. Pertolongan orang tua2 dan bantuan-nya bertambah juga di-kehendaki. Perkerjaan bagi TUAN dalam Persakutuan ini ada. Kami harap tuan akan mara kahadapan untok mengerjakan-nya

H.M. EUSOFF


Penekanan POR 1952 adalah:

POR Inggeris 1952 banyak menekankan tentang Pergerakan Pengakap di daerah dan Majlis Pengakap Daerah yang digelar sebagai Persekutuan Tempatan (Local Association).

POR ini digubal oleh Majlis Budak-Budak Pengakap bagi mentadbir pergerakan Pengakap itu.

POR ini juga mengariskan antara peranan pengakap dan juga majlis

POR ini mengandungi 3 perkara utama iaitu:
1. Dasar(Policy),
2. Organasasi(Organisation), dan
3. Peraturan-Peraturan (Rules).


Isi Kandungan POR 1952 adalah seperti berikut:

Bahagian I
Peraturan 1-21
Prinsip-Prinsip AM (General Principles)
Bahagian II
Peraturan 22-55
Organisasi Am (General Organisation)
Bahagian III
Peraturan 56-90
Tauliah (Warrants)
Bahagian IV
Peraturan 91-120
Organisasi county (County Organisation)
Bahagian V
Peraturan 121-167
Organisasi Daerah (District Organisation)
Bahagian VI
Peraturan 168-274
Organisasi Kumpulan ( Group Organisation)
Bahagian VII
Peraturan 275-301
Pakaian Seragam (Uniform)
Bahagian VIII
Peraturan 302-325
Lencana Pangkat (Badges of Rank)
Bahagian IX
Peraturan 326-357
Peraturan-Peraturan Am (General Rules)
Bahagian X
Peraturan 358-395
Bintang-Bintang dan Anugerah (Decorations and Awards)
Bahagian XI
Peraturan 396-402
Perbagai Hal (Miscellaneous)
Bahagian XII
Peraturan 403-529
Lencana Kemahiran (Proficiency Badges)
Lampiran A (Appendix A)
Lampiran B (Appendix B)
Lampiran C (Appendix C)



Isi Kandongan Buku “Persakutuan Tempatan”(Local Associations) :


Pendahuluan dan Penerangan Perkataan2 Rengkas
Pengertian2
Tawarikh
Persakutuan2 Tempatan – Apa Dia?
Ahli2 Persakutuan Tempatan
Anggota L.A.
Jawatan2 Kuasa
Meshuarat2
Meshuarat Agong Persakutuan Tempatan
Apa2 Kerja L.A. Dan Bagaimana Kerja2 itu Di-Jalankan-nya
Mendirikan Persakutuan Tempatan
Undang2(Bye-Laws)
Kerja Bagi Semua


Kandongan POR PPM Yang ada Sekarang:

Bahagian I
Tiada
Tiada
Bahagian II
Peraturan 1-9
Tujuan dan Dasar
Bahagian III
Peraturan 10-55
(terbahagi dalam 7 seksyen)
Perlembagaan Persekutuan Budak-Budak Pengakap dan Majlis Pengakap Malaysia
Bahagian IV
Peraturan 56-90
Tauliah-Tauliah – Pangkat-Pangkat
Bahagian V
Peraturan 91-120
Pertubuhan Negeri
Bahagian VI
Peraturan 121-167
Pertubuhan Daerah – Daerah Pengakap
Bahagian VII
Peraturan 168-274E
Pertubuhan Kumpulan
Bahagian VIII
Peraturan 275-357
Pakaian Seragam dan Lencana Pangkat Pakaian Seragam
Bahagian IX
Peraturan 358-395
Bintang-Bintang dan Anugerah-Anugerah
Bahagian X
Peraturan 396-403
Latihan bagi Pemimpin
Bahagian XI
Peraturan 404-410
Am

Setakat ini saya harap saudara dan saudari sudah mendapat gambaran amnya apakah POR dan apakah Akta Pengakap 1968.

Selepas ini saya akan terangkan isi kandongan POR mengikut topic-topik penting dan tidak megikut Bahagian atau mukasurat. Dengan cara penerangan mengikut topic, saudara dan saudari akan lebih memahami peraturan mengenai topic tersebut secara holistic dan meyeluruh tanpa lagi tercari-cari yang tersirat. Contoh topic seperti Tauliah, Organasasi, Majlis, Penubuhan Daerah dan Kumpulan, dan lain-lain akan saya huraikan satu persatu nanti, Insyallah. Rajin-rajin lah membaca POR jika ingin menjadi seorang Pesuruhjaya Pengakap atau Pemimpin Pengakap yang wibawa dan berpengetahuan.

Akhir sekali,

Sorong Papan Tarik Papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh baca POR semua segan,
Biar saya huraikan supaya tahu.


Salam Pengakap, sehingga kita berjumpa lagi


Mejar Hj Mior Rosli

PN PPMWPKL

1 comment:

Badge House said...

Salam Mejar Hj Mior Rosli,

Dari segi "filing" ataunya pembukuan, semasa terdapatnya pindaan dan tambahan baru, pembatahan (obsoleting), negeri luar khususnya UK dan USA sering menghantarkan lempiran baru kepada ahli-ahli untuk bertambahkan ke document yang sedia-ada; dan bergantung kepada keadaan semasa, document edisi baru akan diterbitkan untuk mengambil alih edisi document lama.

Maka, bagi keadaan POR UK, ianya adalah dibarui dengan terbitan POR edisi terkini setiap tahun dan bolehnya didapati dengan mudah di kalangan layman dan grassroot leader.

Namunnya, keadaan ini tidak terdapat di Malaysia. POR yang dipergunakan masih ketinggalan masa. 2) apanya tambahan-tambahan baru and pembatahan tidaknya terikat kepadanya. Ianya adalah dalam bentuk surat-menyurat rasmi sahaja

Maka, itulah menjadilan pengakap kita ini bermacam-macam rupa mengikut pendapat saya.