Showing posts with label Celoteh. Show all posts
Showing posts with label Celoteh. Show all posts

Friday, February 27, 2009

Celoteh SC7/09 - PRINSIP ASA ILTIAR HIDUP DALAM HUTAN

Salam Pengakap,

Kali ini saya hendak menulis topik lain sedikit. Kali ini saya hendak menulis tentang satu ilmu yang saya belajar didalam tentera 34 tahun yang lalu. Kali ini kita belajar pasal cara hendak berikhtiar hidup sekiranya kita terputus makanan apabila kita jauh didalam hutan atau kita tersesat.

Ilmu ikhtiar hidup didalam hutan ini amat luas. Kita tidak boleh belajar ilmu ini dengan hanya membaca buku. Ianya memerlukan latihan amali dan pengalaman yang banyak. Oleh kerana itu saya akan hanya menceritakan tentang prinsip-prinsip asasnya sahaja. Dengan masa yang sama saya akan mencadangkan satu bungkusan yang harus kita bawa bersama semasa kita setiap masa kita memasuki hutan. Saya juga akan menceritakan cara-cara kita mencari makanan dari tumbuhan-tumbuhan liar dengan mempelajari cara membuat ujian makan terhadap tumbuhan yang kita tidak kenali. Saya juga ingin memperkenalkan disini beberapa adapt dan pantang larang kaum Orang-Orang Asli sekiranya kita bertembung dan berkomunikasi dengan mereka di hutan.

Dalam bab makanan ini kita boleh membahaginya kepada dua. Pertama mencari makanan dan kedua mencari air. Makanan boleh didapati dari tumbuhan, serangga, binatang, siput dan juga dari ikan. Mencari air didalam hutan juga memerlukan kemahiran kerana pencemaran dan boleh membawa penyakit jikan tidak tahu cara yang betul.

Untuk menakap binatang kita juga mesti tahu membuat jerat dan perangkap. Ini juga memerlukan ilmu dan kemahiran. Binatang sekecil-kecil burung dan tupai hinggalah sebesar rusa dan seladng.

Ilmu medan seperti pergerakan dan panduarah dalam hutan, membuat danau atau pondok, senjata, mata pancing, menyalakan api tanpa mancis, membuat tali dari akar dan juga kulit kayu, mengenal tumbuhan untuk ubatan, racun, dan makanan adalah di antara ilmu yang harus di pelajari untuk terus hidup apabila kita terpisah dari termadun manusia.

Berikut adalah perkara asas yang setiap Pengakap harus mengetahui dari segi berikhtiar hidup didalam hutan.



PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN

Adakalanya, seseorang pengakap atau sekumpulan pengakap menghadapi dirinya atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa megembara didalam hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.

Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang Pengakap atau Kumpulan Pengakap itu sesat latihan semasa membuat latihan mejelajah atau exipedisi dalam hutan.

Dalam keadaan sebegini, seseorang Pengakap yang terlatih harus tahu bagaimana hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut.

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.

Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu tidak mungkin akan terjadi pada diri kita – kita kata ianya hanya akan terjadi pada orang lain. Cuba Tanya orang yang mendapat kemalangan kereta – adakah pernah mereka terfikir yang ianya akan terjadi pada mereka? Kebanyakkan akan kata ianya akan berlaku pada orang lain dan tidak terfikir yang ianya akan berlaku kepadanya. Kita perlu sedar, keperluan untuk berikhtiar hidup didalam hutan semasa membuat latihan atau semasa pengembaraan mungkin akan berlaku pada diri kita. Oleh itu kita hendaklah SENTIASA BERSEDIA untuk menghadapinya. Anda boleh bersedia untuknya dengan menyedari tentang masaalah mental yang perlu diatasi, dengan memahami undang asas untuk berikhtiar hidup, dan setiasa membawa kit ikhtiar hidup semasa membuat latihan di pedalaman hutan, atau semasa menaiki pesawat terbang atau kapal di laut.

KETAKUTAN

Antara kebanyakkan kepayahan-kepayahan yang anda akan hadapi, perasaan takut adalah halangan yang paling tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila keadaan yang mencemaskan itu telah menjadi normal. Ada berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi perasaan takut ini. Ketakutan yang paling penting adalah seperti berikut:


Takut terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui,
Takut disebabkan ketidak selesaan,
Takut disebabkan kelemahan diri sendiri.

Ketakutan terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui boleh diatasi dengan mudah anda ikuti latihan ikhtiar hidup dengan sepenuhnya dan membiasakan diri didalam hutan.

Ketakutan yang disebabkan oleh tidak selesa juga boleh diatasi dengan cara yang sama. Mempelajari cara-cara membuat perlindungan dan pondok rehat dari bahan-bahan asli akan memastikan anda dapat tidur malam dengan selesa.

Ketakutan disebabkan kelemahan diri sendiri berpunca dari kurangnya keyakinan terhadap pengetahuan kita dan ianya lebih sukar diatasi dari kedua-dua jenis ketakutan diatas. Sebagai seorang Pengakap kita harus mengambil kesempatan untuk mempelajari apa sahaja yang boleh tentang alam sekitar kita terutamanya tentang hutan kita. Kita juga akan mempunyai keyakinan yang tak ternilai tentang diri kita jika kita cergas secara pisikal setiap masa. Adalah objektif kedua Pengakap untuk sentiasa berkaadan cergas dari segi kesihatan dan pisikal setiap masa. Kita juga mesti sentiasa memberitahu diri kita bahawa “ apa orang lain telah lakukan – saya juga boleh”

Semasa saya dalam tentera, saya sentiasa menasihati anggota-anggota saya tentang “KEBERANIAN”. Pada saya “keberanian itu adalah kemampuan melawani ketakutan. Tetapi orang yang tidak takut adalah orang bodoh dan tidak berakal”. Jika kita tidak takut dan berani membabi buta atas semua perkara, pasti kita akan membuat kesilapan. Perasaan ketakutan itu baik sebab ianya memberi ruang untuk kita fikir untuk mengatasinya dengan baik dan selamat.

UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP

Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:

Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya.
Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan.
Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.
Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagatkita sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain.
Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.

KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT)

Masa saya didalam tentera dulu, setiap kali saya masuk hutan atau menaiki pesawat terbang, saya sentiasa satu kotak atau bukusan kecil yang saya namakan Kit Ikhtiar hidup. Oleh yang demikian saya mencadangkan supaya setiap Pengakap harus membawa Kit Ikhtiar Hidup ini setiap kali membuat latihan di hutan. Kit ini sangat mudah hendak di buat dan benda-benda yang diperlukan adalah muruh untuk di perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah kecil dan ringgan. Kit ini bukan untuk kegunaan harian tetapi untuk kegunaan kecemasan sahaja. Kit ini harus di ikat terus kepada tali pinggang dan di pakai setiap masa semasa dalam latihan hutan. Bawa dia dimana sahaja anda pergi walau pun anda hendak pergi mandi disungai.

Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian makanan dan bahagian kegunaan am. Saya mencadangkan pengisian setiap Kit Ikhtiar hidup hendaklah mengandungi barang-barang berikut:

Ubat-Ubatan

(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga)

(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali )

(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala)

(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit

(v). 1 X Tiub krem luka

(vi). Flavin

(vii). 1 X Gulung pembalut luka.

( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastic yang berasingan)


Makanan.

(i). 1 X Peket Holicks talets

(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose.

(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging.


Barangan Kegunaan Am.

(i). 5 meter tali

(ii). 5 ela Tali pancing

(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (di masukan dalam kota mancis yang berisi mancis)

(iv). 1 X pemetik api.

(v). 1 X Batang lilin kecil

(vi). 1 X Kit penapisan air

(vii) 1 X Cermin Kecil

(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung.

(ix). 1 X compass kecil

(x). 1 X gergaji dawai

(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek

(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/ balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api.


PERHUBUNGAN DENGAN ORANG ASLI

Apabila bertembung denga orang asli, kita haru berhati-hati. Sekiranya anda boleh berh ubung dengan mereka, maka peluang untuk anda terus hidup adalah cerah. Mereka boleh membantu anda dengan makanan, tempat berteduh, ubatan tempatan, petunjuk jalan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, anda mesti faham bahawa adapt mereka berbeza dari adat anda. Bagi Orang Asli yang hidup di pendalaman hutan, mereka mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang kehidupan di luar hutan. Pantang larang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka.

Berikut adalah perkara-perkara Yang Harus Di Buat dan Yang Tidak Harus dibuat dalam keadaan yan biasa apabila berhubung dengan orang asli. Terdapat 70,000 Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan pantang larang mereka adalah seperti berikut:

Yang Harus Di Buat

(i). Sentiasa membalas hadiah yang di beri.

(ii). Sentiasa becakap dengan cara bersahabat yang baik.

(iii). Sentiasa berhubung dengan Orang Asli melalui Ketua nya (Penghulu/Tok Batin)

(iv). Sentiasa beri upah sebaik saja kerja telah selesai di buat.

(v). Sentiasa minta izin jika hendak mengunakan sampan,rakit, pondok atau apa-apa barang kepunyaan Orang Asli.


Yang Tidak Harus Di Buat

Jangan ketawa atau memperolok – olokkan adat atau tabiat mereka walaupun ianya Nampak macam ganjil.

Jangan mengambil buah-buahan, atau apa-apa tanaman mereka tanpa izin.

Jangan tenong kepada kaum perempuan mereka atau pergi berdekatan tempat mereka mandi.

Jangan masuk dalam rumah mereka tanpa izin mereka terlebih dahulu.

Jangan menolak makanan yang di beri oleh orang Asli melainkan Agama anda tidak benarkannya.

Jangan munkir janji kerana Orang Asli mempunyai ingatan yang kuat dan perjanjian adalah penting.

Jangan menjerit atau hilang kesabaran dengan Orang Asli. Anda tidak akan dapat bantuan dari mereka. Kesemua Orang Asli itu akan meninggalkan anda dan menghilangkan diri.

Jangan sesekali sebut Orang Asli sebagai “Sakai”.

Jangan tanya nama seorang Orang Asli terus kepadanya. Sentiasa melalui pihak ketiga.

Jangan mengubati Orang Asli yang sakit sebelum menanya dia tentang Pantang nya. Jika dia ada patang, minta izin dari Tok Batin/Penghulunya terlebih dahulu.

Jangan mengunakan cermin muka ditepi sungai.

Jangan Buang air atau kencing di tiang rumah.

Jangan sentuh orang asli di kepala mereka.

Jangan sebut-sebut harimau dan gajah semasa berjalan dalam hutan dengan Orang Asli.

Jangan ketawakan rama-rama, cakcibau dan beberapa jenis serangga dan burung kerana orang asli percaya ianya akan akibat berlakunya ribu taufan yang buruk.

Banyak lagi pantang larang dari suku kaum ke suku kaum. Anda hendak lah sentiasa berwaspada dan cari apakah yang boleh dan tidak boleh di lakukan bersama mereka.

TENTANG MAKANAN

Berikhtiar hidup biasanya melibatkan perjalan yang jauh tanpa mempunyai makan yang mencukupi. Biasanya dilam hutan Malaysia terdapat makanan dengan banyak sekali tetapi adalah penting dalam memilihnya. Jika anda hendak berikhtiar hidup, anda harus tidak boleh mengikut selera makan biasa tetapi harus terima sahaja makan dari segalajenis, rupa dan keadaan.

Kebanyakan makanan di dalam hutan agak ganjil dan harus dimakan dengan cara sedikit-sedikit buat beberapa hari yang pertama kerana ketidaksesuaiannya pada perut kita yang mungkin akan mengakibatkan cirit-berit dan muntah-muntah.

Makanan dari Haiwan

Semua makanan dari haiwan seperti burung-bururng dan telur nya, katak, ular, cicak, tikus, anak serangga, belalang, cengkerik, anai-anai dan juga kucing adalah hawain-haiwan yang boleh dimakan. Begitu juga beberapa jenia ikan dan siput air tawar dan masin termasuk ketam, udang galah, udang dan lain yang hidup dia air dan pantai boleh di makan.

Makanan dari Tumbuh-Tumbuhan

Di Hutan Malaysia, setiap 50 ela sekeliling terdapat makanan, ubatan dan racun dari tumbuh-tumbuhan yang hidup liar. Oleh yang demikian kita harus tahu mengenal tumbuh-tumbuhan ini dan sentiasa berhati-hati apabila memakan nya. Satu pentunjuk yang jelas adalah, jika moyet/kera/beruk boleh makan pasti manusia boleh memakannya, tetapi apa yang burung boleh makan tidak semesti manusia boleh makan. Walau bagimana pon untuk membuat permerhatian in agak susah kerana selalunya binatang di hutan akan lari dari bau manusia. Antara makanan dari tumbuhan adalah dari jenis ubi, bawang, daun, bunga, buah dan juga umbut.

Untuk hidup, seorang Pengakap harus tahu apakah tubuhan termasuk buahnya yang boleh di makan dan bagaimana untuk mencarinya. Anda juga perlu tahu bahawa benda yang boleh dimakan tidak semestinya sedap dan mudah di makan.

Ujian untuk memastikan samaada sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan atau tidak.

Saya ingin menerangkan satu ujian yang mudah tanpa mengetahu nama atau mengenali jenis tumbuhan samaada ianya boleh di makan atau tidak. Ujian-ujian ini mugkin di rasakan tidak perlu dilakukan atau Nampak macam lucu. Tetapi sesiapa yang tidak mengikut salah satu dari peringkat yang ditetapikan, akan menerima risikonya dan mungkin akan menghadapi masaalah yang besar kemudian.

Saya nasihatkan anda menghafal peringkat-peringkat ujian ini, dan cubalah mengikut peringkat-peringkat yang akan saya terangkan dibawah ini. Ujian ini adalah ujian biasa untuk tumbuh-tumbuhan. Lakukan ujian berasingan bagi daunnya, ujian berasingan bagi ubi/akarnya, ujian untuk buahnya dan seterusnya.

Ujian Pertama – Cium

Ambil beberapa helai daun tumbuhan berkenaan, sentuh akannya dengan berhati-hati, dan pecah/hancurkannya dengan dua jari. Jika terdapat bau seperti buah badam atau buah peach (dalam bahas Ingeris dipanggil “peachy-almond smell”), ia mennujukkan dengan jelas daun tersebut mengandungi asid prussic yang sangat beracun. Untuk keselamatan adalah lebih baik membuangkannya sahaja kerana masih banyak tu
Mbuhan-tumbuhan yang lain masih ada.

Ujian Kedua – Kesan gatal/terbakar pada kulit

Sekiranya ujian pertama diatas Berjaya, mulalah dengan ujian kedua. Cara menjalankan ujian kedua ini adalah dengan menyapu perlahan-lahan atau gentilkan sedikit air/getah/lendir dari bahan yang hendak di uji di bahagian bawah diantara ketiak dan sikuai. Bagi tumbuhan yang mempunyi sedikit air/kelembaban, hancurkan dan lumatkannya dengan atau tanpa air sehingga ianya memjadi seperti lendir dan berair. Tunggu selama 3-5 minit. Sekiranya terdapat sebarang kemerahan atau alahan atau gatal atau rasa terbakar kepada kulit, adalah wajar tumbuhan itu di elakkan untuk sementara waktu tetapi hendaklah membuat catitan secara mental atau bertulis supaya tumbuhan tersebut boleh di uji semula pada masa akan datang jika perlu atau masa mengizinkan.

Ujian Ketiga – Kesan pada bibir, mulut dan lidah.

Jika tidak terdapat apa-apa keradangan/ gatal atau kemerahan pada kulit semasa ujian kedua diatas, teruskan ujian ketiga. Sekiranya belaku sebarang keradangan di rasai, hentikan terus ujian ini:

Letakkan sedikit bahan yang di uji tadi secara berhati-hati pada bibir. Tunggu 30-60 saat untuk melihat samaada belaku sebarang radangan kulit bibir.

Letakkan sedikit bahan yang di uji secara berhati-hati di antara gusi dan bibir/pipi. Jangan kena pada lidah. Tunggu lagi 30-60 saat lagi.

Letakkan sedikit bahan ujian tadi secara berhati-hati di hujung lidah. Tunggu lagi 30-60 saat lagi. Sekiranya tidak terdapat sebarang keradangan, dengan berhati-hati kulum bahan tadi dan mula kunyah perlahan-lahan tanpa menelannya.

Semasa menguyah, tunggu terhadap keasan-kesan berikut:

(1). Rasa pahit (menujukkan keracunan jenis alkaline)

(2). Rasa keradangan atau bengkak /pedih lidah atau tekak.

(3). Apa-apa tindakan yang tidak selesa yang lain

Anda perlu menilai dengan teliti dalam menentukan perbezaan diantara keradangan dan asid biasa atau rasa kelat. Contohnya getah buah mangga dan buah gajus mempunyai bahan asid yang kuat dan boleh membakarkan kulit tetapi masih boleh di makan. Melalui pengalaman sahaja membolehkan anda dapat membuat keputusan yang baik.


Ujian Keempat – Menelan.

Jika tidak terdapat apa-apa kesan radang atau reaksi yang tidak menyenangkan, ujian seterusnya ialah untuk makan jumlah yang sikit, kemudian tunggu untuk apa-apa reaksi.

Bahagian tubuhan yang hendak di uji seharusnya di rebus dahulu jika anda mempunyai peralatannya. Jika tiada peralatan, anda boleh guna batang buluh untuk rebus. Rebuslah tubuhan tersebut dengan air yang banyak, sehingga ia betul-betul masak. Simpan air rebusan untuk ujian yang berasingan. Dengan cara merebus akan menawarkan segala keracunan yang bahaya. Merebus juga boleh membuat sesuatu tumbuhan boleh dimakan jika ianya tidak boleh di makan secara mentah seperti ubi kayu atau umbut kelapa atau nibong.

Apabilah mana-mana bahagian tumbuhan telah di uji, rebus dan dibuktikan boleh di makan, uji semula cara mentah. Pastinya hasil ujian sebegini akan mendatangkan faedah.

Makan tumbuhan yang telah di rebus itu sesuap sahaja dan jika terpaksa makan mentah makan jumlah yang lebih sedikit sahaja.

Setelah makan sesuap tunggu selama empat jam dan perhatikan kepada kesan-kesan berikut:

Kesan melecur di mulut, lidah dan tekak.

Bersendawa secara berterusan

Pening dan muntah-muntah

Sakit perut dan kesan sakit-sakit badan.

Selepas beberapa jam, samaada terasa sakit memulas di bahagian bawah perut.

Semasa menuggu empat jam, adalah tidak wajar untuk makan atau minum benda-benda lain. Jika terdapat kesan-kesan sakit diatas, minum lah air suam atau panas seberapa banyak yang boleh. Dan cuba muntahkan dengan paksa.

Ujian Kelima – Makan untuk kenyang

Sekiranya tidak terdapat apa-apa reaksi dari ujian keempat, ulangi ujian tersebut dengan menambahkan kuantitinya setiap jangka masa , empat jam sebanyak lima atau enam kali. Jika bahan tumbuhan ini telah lulus ujian ini anda boleh lah memakan tumbuhan ini dengan kuantiti yang lebih.


Kesilapan dalam menguji

Sekiranya anda sakit perut disebabkan kesilapan menguji, cara yang paling mudah untuk melegakan diri adalah dengan cara meminum air suam atau panas dengan banyak dan tahan makan untuk beberapa jam.

Amaran

Perkara-perkara berikut hendaklah di ambil perhatian:

Jangan sekali-kali memendekkan ujian diatas. Ini adalah merbahaya.

Jangan anggap jika burung atau beberapa jenis haiwan boleh makan tumbuhan itu manusia pon boleh.

Belajar peraturan ujian makanan.

Jika was-was, jangan makan.

Ingat, apa monyet makan, anda boleh makan..

Sepertimana yang saya perkatakan dari mula tadi, ilmu ikhtiar hidup ini amat luas hanya. Tidak boleh diperlajari dari membaca sahaja. Ianya memerlukan latihan amali. Insyallah, satu hari nanti saya akan merancangkan satu kursus ikhtiar hidup (sama ada di hutan, di paya bakau dan juga di laut).

Tajuk-tajuk yang menarik yang boleh kita pelajari adalah antaranya seperti berikut:

Makanan dari tumbuhan, ikan, siput, ketam, serangga dan binatang
Cara penyediaan dan memasak
Cara buat api
Mencari dan menapis air
Keselamatan air
Masalah kesihatan dan pertolongan perubatan di hutan
Pandu arah dalam hutan
Membuat danu dan pondok
Membuat jerat dan perangkap binatang
Membuat tali dan ikatan
Memancing dan menagkap ikan dan makanan di air
Isyarat bumi ke udara

Saya harap walaupun Pengakap kita adalah dari budak-budak Bandar tetapi mahir dalam ilmu perhutanan. Kalau kita rajin berlajar pasti jika masalah ini timpa pada dirikita, kita pasti tidak berasa risau dan boleh terus hidup.


Sekian buat celoteh saya kali ini sehingga bertemu lagi.


Salam Pengakap


Mej Mior Rosli
PN PPMWPKL

Saturday, January 24, 2009

Celoteh SC5/09

Salam Pengakap,

Ada orang bertanya saya : “Apa Yang Pengakap Tidak Boleh Lakukan? Pengakap jarang mengunakan perkataan “Tidak boleh”. Semua nya “Do” dan tidak ada “Don’t”.”

Untuk menjawab soalan sahabat saya ini, berikut adalah beberapa perkara yang Pengakap dilarang buat:

• Membeza-membezakan untuk menjadi ahli atas sebarang sebab kerana bangsa, ugama atau keturunan.[POR 13]
• Tidak boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat-mesyuarat atau gerakerja-gerakerja politik.[POR 18(1)]
• Tidak boleh di gunakan pada bila-bila masa pun bagi dakyah politik untuk memberikan faedah kepada sesuatu parti politik [POR 18(2)]
• Tidak boleh beri sokongan kepada mana-mana pihak dalam perbalahan perindustrian [POR 19]
• Tidak boleh membuat sebarang rayuan umum untuk mendapatkan wang melainkan di benarkan oleh Pesuruhjaya Negeri. [POR 28]
• Tidak boleh minta wang [POR 28(1)]
• Tidak boleh terima wang bantuan selain dari Kerajaan tanpa kelulusan Ketua Pesuruhjaya Negara.[POR 28(3)]
• Tidak boleh jual apa-apa di jalan-jalan atau memungut wang.[POR28(4)]
• Tidak boleh berjudi atau anjur apa-apa bentuk perjudian [POR 28(5)]
• Tidak boleh menjalani latihan tentera [POR31]
• Tidak boleh mengeluarkan fikiran mereka tentang dasar di dalam akhbar, radio, dan TV tanpa kelulusan Ketua Pesuruhjaya Negara. [35(1)]
• Tidak boleh jadi ahli jika tidak daftar.
• Tidak boleh berkhemah tanpa kelulusan Pesuruhjaya Daerah [POR 407]
• Tidak boleh mengembara tanpa kelulusan Pesuruhjaya Daerah [POR 408]
• Tidak boleh lawat negara Asing tanpa kebenaran Ibupejabat PPM [POR 409]
• Tidak boleh berlakon dengan pakaian seragam tanpa kebenaran Pesuruhjaya Daerah [POR 410]

Kita masih dalam bab perbincangan tentang POR. Hari ini saya hendak huraikan Tugas-Tugas Majlis dan Tugas-Tugas Pengakap mengikut peruntukan Akta Pengakap 1968 dan POR PPM yang sedia ada.Memandangkan POR ini hampir kesemuanya di dialih bahasakan dari POR 1952( UK ), dan semangat yang serupa yang ditunjukan dalam buku “Persakutuan-Persakutuan Tempatan”, maka kedua-dua rujukan ini akan digunakan bagi mentafsirkan sebarang kekeliruan yang ada di dalam POR PPM yang ada sekarang.Siapakah Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PPM Mengikut POR PPM Sekarang? Sebenarnya Pesuruhjaya ini tergulung kepada dua peringkat:

IBUPEJABAT PPM

• Ketua Pengakap Negara [POR 11(3)]
• Ketua Pesuruhjaya Negara [POR 11(4)]
• Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara [POR 11 (5)]
• Pesuruhjaya Antarabangsa [POR 11(6)]
• Pesuruhjaya Program (Baru)
• Penolong-Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa [POR 11(7)]
• Pesuruhjaya Latihan Negara [POR11(8)]
• Pesurujaya Ibupejabat
• Ketua Setiausaha (PIP) [POR 11(9)]

PPM NEGERI
• Pesuruhjaya Negeri [POR 96]
• Penolong-Penolong Pesuruhjaya Negeri [POR 100(1)]
• Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kawasan [POR 101(1)]
• Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Latihan [POR 105(1)]
• Penolong-Penolong Pesuruhjaya Latihan [POR 105(1)]
• Pesuruhjaya Ibupejabat (Negeri) (Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah [POR 124]
• Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah [POR 128]

BAGAIMANA MENGESAHKAN JAWATAN PESURUHJAYA DAN PEMIMPIN PENGAKAP?

Pada dasarnya semua Pesuruhjaya dan Pemimpin hendaklah dilantik/memohon dan jika diluluskan akan mendapat Tauliah yang di tandatagani oleh Ketua Pengakap Negara [POR11(3)(c), POR11(3)(d), POR11(4), POR62, POR63, POR64-68, POR96, POR100(1), POR124]

Apabila di lantik, Apakah Tugas Utama Pengakap Mengikut Akta Pengakap 1968 dan POR PPM? Secara ringkasya berikut adalah tugas-tugas Pengakap mengikut peringkat tertentu. Saya akan menerang kan tugas-tugas ini dengan lebih detail di masa yang lain:

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya diperingkat IbuPejabat PPM
Mengubal dan mengeluarkan Dasar Latihan
Perhubungan antarabangsa
Merancang dan mengadakan program pembangunan Pengakap di peringkat Nasional
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya
diperingkat Negeri
Mengalak dan memberi kemudahan-Kemudahan melatih Pengakap Negeri dan mengadakan program-program.
Berkerjasama dengan Majlis Negeri, Pandu Puteri, BP Guilds untuk pembangunan Pengakap
Memajukan taraf pengakapan dalam negeri.
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya diperingkat Daerah
Berkerjasama dengan Majlis Pengakap Daerah untuk pembangunan Pengakap Daerah
Mengawasi dan melatih Kumpulan-Kumpulan Pengakap dari hal peningkatan kepengakapan dan program-program daerah.
Menentukan pendaftaran kumpulan dan ahli-ahli
Pemimpin-Pemimpin
Memimbing Pengakap supaya mencapai Tujuan dan Objektif PPM
Berhubung rapat dengan kuasa penganjur & Ibu Bapa Pengakap.
Berkerjasama dengan Pesuruhjaya Daerah bagi meyeragamkan.
Pengakap-Pengakap
Memahami cara hidup dalam sistem berpatrol
Sambil bersuka, Sentiasa taat pada Tuhan, Raja dan Negara; Menolong orang setiap masa dan mengikut Undang-Undang Pengakap
Berusaha mendapat Anugerah Pengakap Raja dan/atau BP Award

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERKATAAN “MAJLIS”?

Mengikut Seksyen 6(1) Akta Pengakap 1968, Majlis adalah satu badan yang bertanggungjawab mentadbirkan segala urusan-urusan Perbadanan.

Jadi ada berapa jenis Majlis Pengakap?

• Majlis Pengakap (Negara) [POR 12]
• Majlis Pengakap Negeri [POR109 hingga POR 120]
• Majlis Pengakap Daerah (atau nama asal dalam POR di kenali sebagai Persekutuan Tempatan) [POR 131 hingga POR 164]
• Majlis Kumpulan [POR 201 hingga 212]
• Majlis Ketua Patrol

Majlis Yang di maksudkan mengikut seksyen 6(1) akta Pengakap 1968 adalah hanya Majlis Pengakap (Negara). Walau bagaimanapun Majlis Negeri mempunyai kuasa yang terhad terhadap negeri nya.

APAKAH TANGGUNGJAWAB MAJLIS PENGAKAP NEGARA MENGIKUT AKTA PENGAKAP 1968?

• Mentadbir Urusan-urusan Perbadanan [S..6(1)]
• Membuat Ketetapan mengenai segala surat ikatan, suratan dan lain-lain suratcara yang perlu di menterikan [S.7(2)]
• Merekod dan menyimpan daftar ahli tiap-tiap Pengakap [S.8(1)]
• Membuat, mengubah atau membatalkan kaedah dan Undang-Undang Kecil Perbadanan.[S.9]
• Memindah milik harta atas nama PPM Negeri atau Pesuruhjaya Pengakap kepada Perbadanan [S.10(1)]
• Segala urusan hutang dan tanggunggan yang kena bayar dan yuran dan caruman yang perlu di kutip oleh Perbadanan [S.10(2)]
• Mengunakan Pendapatan bagi tujuan membangunkan perbadanan [S.11]

APAKAH TANGGUNGJAWAB MAJLIS MENGIKUT POR PULA ?

• Mencari dan mentadbirkan segala wang [POR 12(3)(a)(i)]
• Menjual lencana dan lambang-lambang kebesaran yang terkawal kepada ahli-ahli [POR 12(3)(b)]
• Menguruskan kedai pengakap [POR 12(3)(c)]
• Menerbit, menyiar dan menjual buku dan risalah pengakap [POR 12(3)(d)]
• Mengatur dan menjalankan sebaran am dalam apa cara pun [POR 12(3)(e) dan POR35(2)]
• Menguruskan Mesyuarat-Mesyuarat, pertunjukan-pertunjukan, perhimpunan-perhimpunan, gerakerja kebangsaan [ POR 12(3)(f)]
• Mengelola Persaudaraan Pengakap BP [POR12(3)(g)]
• Melantik JuruKira Professional [POR 12(3)(h)]
• Meminda mengubah dan menambah POR ini [POR12(3)(i) dan POR 48]

(tugas berikut perlu persetujuan dari Ketua Pesuruhjaya Negara)

• Pencalunan anugerah Pengakap [POR12(3)(j)] kecuali Pingat Semangat Padi dan Pingat semangat Rimba hanya oleh Ketua Pengakap Negara [POR393(4)]
• Menjalankan tugas mengikut Akta Pengakap 1968 [POR12(3)(k)]
• Melantik, menggelola, membuang/mengantung pekerja Persekutuan [POR12(3)(l)]
• Menerima semula,mengantung atau membuang ahli [POR 12(3)(m)]
• Pendaftaran dan memansuhkan Majlis Pengakap Negeri/Daerah [POR12(3)(n)]
• Pendaftaran dan memansuhkan Kumpulan-Kumpulan [POR12(3)(o)]
• Memberi kuasa Pengeluaran Tualiah-Tualiah [POR12(3)(p)]
• Mengambil pekerja untuk Ibupejabat dan Majlis Pengakap [POR12(3)(q)]
• Meyelaraskan kerja-kerja Majlis Negeri dan Daerah [12(3)(r)]

SIAPAKAH AHLI-AHLI MAJLIS PENGAKAP NEGARA?

Yang Di-Pertua Majlis Pengakap
Dijawat oleh Ketua Pengakap Negara [POR12(1), POR12(4)]
Naib Yang Di-Pertua
Di pilih [POR12(4)]
Ketua Pesuruhjaya Negara
Bertauliah [POR11(4)]
Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara
Bertauliah [POR11(5)] – Jumlah tidak ditetapkan
Pesuruhjaya Antarabangsa
Bertauliah [POR11(6)]
Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Antarabangsa Sarawak dan Sabah
Bertauliah (2 orang) [POR11(7)]
Pesuruhjaya Latihan Negara
Sijil Kehormatan olih WOSM [POR11(8)]
Pesuruhjaya- Pesuruhjaya Negeri
Bertauliah (17 orang)
Setiausha-Setiausaha Majlis Pengakap Negeri
Di pilih (17 orang)
Setiausha Latihan Negara
Bertauliah
Pengelola Persaudaraan Pengakap BP Negara
Bertauliah
Bendahari Majlis Pengakap
Di pilih
Ketua Setiausaha Majlis Pengakap
Di pilih
Seorang Wakil Ahli Majlis dari tiap-tiap Negeri
Dilantik (17 orang)
Wakil dari Kementerian Kewangan
Dilantik (1 orang)
Wakil dari Kementerian Pendidikan
Dilantik (1 orang)
Wakil dari Kementerian Belia dan Sukan
Dilantik (1 orang)
Wakil dari Pa
ndu Puteri
Dilantik (1 orang)
20 orang Ahli Majlis yang di pilih
Di pilih (20 orang)


Majlis Pengakap Negara boleh Melantik Jawatan Kuasa Kerja (atau apa yang di gelar oleh PPM sekarang sebagai Majlis EXCO) seperti berikut:

Yang Di-Pertua EXCO Pengakap






POR 12(6) (a)
Naib Yang Di-Pertua EXCO Pengakap
Ketua Pesuruhjaya Negara
Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara
Pesuruhjaya Antarabangsa ATAU Wakilnya
Pesuruhjaya Latihan Negara ATAU Wakilnya
Ketua Setiausaha (Lihat POR 38)
Bendahari Majlis Pengakap
Ahli Majlis (Yang di lantik oleh Menteri Kewangan)
Ahli Majlis (Yang di lantik oleh Menteri Pendidikan)
Ahli Majlis (Yang di lantik oleh Menteri Belia & Sukan)
Tiga orang Ahli Majlis Pengakap

Majlis atau Majlis EXCO boleh Melantik Jawatan Kuasa Kecil Bagi Tugas-Tugas Spesifik Tertentu –[POR 12(6)(e)]

Apakah Ciri-Ciri Utama yang Membezakan diantara Ahli Pengakap Rasmi dan Ahli Majlis?

Berikut adalah perbesaannya:

PEMIMPIN PENGAKAP RASMI
AHLI MAJLIS PENGAKAP
Sukarela
POR 13
Sukarela
POR 13
Perlu Mohon/Lantik dan Daftar
POR62,
63, 64
DiLantik/DiPilih
POR12
POR
Pemimpin dan Pesuruhjaya ada Tauliah
POR11(d)
Memegang Sijil Kuasa Majlis
POR11
(3)(f)
Menguruskan Latihan,Program,Pembangunan Budak-Budak dan Pemimpinnya


POR11(4) hingga POR11(8)
Menguruskan segala urusan Perbadanan termasuk semua hal kewangan, harta, perniagaan, mencari dana,Pembangunan keseluruhan perbadanan
Akta 1968
Tertakluk Kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
POR4
Tidak di wajibkan Membuat Ikrar
POR5
Tidak boleh Melibatkan diri dalam Kewangan dan perniagaan/minta wang
POR 28
Bertanggongjawab semua hal Kewangan termasuk mencari wang
POR Bhg III Sek V

TERDAPAT BEBERAPA JENIS SETIAUSAHA –SETIAUSAHADALAM PPM

PERINGKAT IBUPEJABAT

Ketua Setiausaha Majlis Pengakap
POR12(1)(a)
Ketua Setiausaha Exco Pengakap
POR12(6)(a)
Setiausaha Latihan Negara
POR12(1)(a)
Ketua Setiausaha Ibu Pejabat
POR11(9)


Pada Celotoh saya yang akan datang saya akan bincang tentang Tugas –Tugas setiap Jawatan di dalam PPM.


Buah cempedak bentuknya bujur Sangat disukai oleh semuaJika Pengakap bersikap jujur Pergerakan kita dipandang muliaJikalau tuan mengangkat peti Tolong masukkan segala barangJikalau Pemimpin Pengakap bersatu hati Kerja yang susah menjadi senang



Sekian, Salam Pengakap


Mej Hj Mior Rosli

PN PPMWPKL

Celoteh from ASC Eng Lay

Salam Pengakap,

Dalam Undang-undang Pengakap, kesemuanya dalam nada positif. Tiada undang yang menyatakan "jangan", "tidak boleh" dan "bukan"; kecuali Undang Ke-11 yang tidak tertulis : A scout is not a fool.

Contohnya, Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. Ia tidak mengatakan dalam negatif seperti "jangan biadap". Mengapa?

Saya percaya ianya kerana BP faham akan cara dan kelakuan budak. Mereka akan buat perkara yang orang dewasa cakap "jangan" buat. BP : "Scout Law is our binding disciplinary force. The boy is not governed by DON'T, but let on by DO. The Scout Law is devised as a guide to his actions rather than as repressive of his faults"

POR pula adalah khasnya untuk pemimpin dewasa yang tahu apa salah dan betul. Saya percaya oleh itu adanya hukum-hukum yang nyatakan "tidak boleh". BP menyatakan POR sebagai "Rules on how to play the game of Scouting for Boys". Dalam Aids to Scoutmastership, BP juga menyatakan bahawa orang dewasa memasuki Pergerakan Pengakap dengan mata terbuka dan dengan menerima garisan yang ternyata.

"Where a man cannot conscientiously take the line required, his one manly course is to put it straight to his Commissioner or to Headquarters, and if we cannot meet his views, then to leave the work. He goes into it in the first place with his eyes open, and it is scarcely fair if afterwards, because he finds the details do not suit him, he complains that it is the fault of the Executive."

Oleh itu, POR itu mesti dipatuhi. Ini tidak bermaksud kita tidak boleh mempersoalkannya atau mencadangkan perubahan demi kebaikan dan pembangunan kepengakapan. Sehingga ianya diubah mengikuti peraturan tentang perubahan yang terkandung dalamnya, ianya mesti dipatuhi.

Dan BP juga menyatakan bahawa "Character" atau perwatakan adalah salah satu tujuan kepengakapan. Saya percaya POR diadakan supaya Pergerakan Pengakap terurus dan satu ruang tersedia untuk "Character Building". Dan apabila kita cakap tentang "Character Building", apanya yang dimaksudkan "Character"? Apanya nilai murni yang terkandung dalam perkataan "Character" tersebut. BP memberikan 8 nilai petunjuk dalam Aids to Scoutmastership : Fairplay, Self-Reliance, Self-Respect, Reverence, Discipline, Sense of Honour, Enjoy Life dan Loyalty. Saya percaya 8 nilai ini tidak boleh terpisah-pisah.

Sekian, Salam Pengakap.
Eng Lay

Saturday, January 17, 2009

CELOTEH SC KL 3/09

Salam Pengakap!

Buah Cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Mengenai POR ramai yang tak belajar
Apa salah kita nak tunjukkan.

Sejak PPM melanda masaalah di heret ke mahkamah, ramai yang mula membuka kitab lapuk kita. Ramai yang cuba baca apa isi kandongannya. Ramai juga di antara kita tidak ambil peduli tentang Dasar, Organisasi dan Peraturan PPM yang ada. Sebenarnya tidak siapa tahu bila POR ini mula di bukukan, tapi pastinya POR ini mesti ujud bila Ordinan Budak-Budak Pengakap, bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu di wartakan pada tahun 1953. Ini kerana POR bagi United Kingdom yang di kaji semula dari edisi 1947, telah di wartakan pada 1 Febuari 1952, dan jika kita lihat isi kandongan POR 1952 ini, 70% darinya di terjemah bulat-bulat dari POR UK tesebut.

Jika kita lihat seimbas lalu isi POR kita sekarang, kita lihat Jawatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Penaung Utama PPM tersurat di perkara 11 didalamnya. Maka, pasti nya POR ini telah melalui zaman Kermerdekaan. Jika kit abaca di Bahagian VIII pula, kita dapati Pindaan seperti nama-nama “Pengakap Muda”, “Pengakap Remaja”, “Pengakap Putera” ujud. Ini berbeza dengan di bahagian-bahagian yang terdahulu di mana ada yang meyebut nama “Budak Pengakap”, dan “Pengakap Kanan”, dan juga nama seperti “Akela” masih di guna pakai. Dari segi Pakaian kepala masih tersurat mengenai “Plume”, “Songkok Kelasi”, “beret”, “Songkok Forage” dan juga “Songkok Melayu”.

Dari segi Jawatan, terdapat beberapa jawatan yang bertindih seperti “Pesuruhjaya Wilayah”, “Pesuruhjaya Daerah”, Pesuruhjaya Kawasan” dan juga “Persekutuan Tempatan”. Jawatan-jawatan Waden, Timbalan Ketua Kem dan Ketua-Ketua Akela masih ujud dalam POR. Perkataan PPM masih di gunakan sebagai PBBPM di dalam POR sekarang.

Perlantikan Pengakap Kanak-Kanak dengan Lencana “Tenderpad” di POR 226 dan Perlantikan Pengakap dengan Lencana “Tendefoot” di POR 243 masih ujud. Lencana Kelas Kedua, Kelas Satu, Bushman’s Thong, lencana Kelasi , dan Lencana Penerbangan masih ujud.

Jawatan-Jawatan Majlis di pringkat Nasional, Negeri, Daerah dan Kumpulan yang ada sekarang semua nya tidak mengikut apa yang tersurat di dalam POR sekarang.

Sebelum ini saya telah menerangkan secara ringkas tentang Akta Persekutuan Pengakap –Pengakap Malaysia, 1968 atau saya lebih senang mengelarkannya sebagai Akta Pengakap 1968. Pengakap adalah satu organasasi bukan Kerajaan yang unik dimana ianya tidak diletak dibawah mana-mana menteri atau kementerian. Seksyen 6 Akta Pengakap 1968 dengan jelas menyatakan bahawa pengakap hendaklah di takbirkan oleh Majlis. Dan Seksyen 9 memberi kuasa penuh kepada Majlis untuk membuat, mengubah atau membatalkan kaedah-kaedah dan undang-undang kecil Pengakap. Maka saya berpendapat bahawa Parliamen telah memberi kuasa autonomi yang sangat besar kepada Majlis Pengakap untuk mentadbir dan mengerakkan perbadanan Pengakap ini. (Sila rujuk tulisan saya mengenai Akta Pengakap sebelum ini)


Persoalannya sekarang adalah “Adakah isi kandong POR kita masih releven”? Jawapan saya adalah ya dan juga tidak. Ya kerana Pengakap adalah satu pertubuhan Global dan tidak kerana kita mempunyai budaya dan tatacara hidup tempatan (Local) tersendiri. Apa yang belaku dalam pengakap sejak 30 tahun yang lampau, pucuk pimpinan kita telah banyak mencabuli POR yang asal, Meminda POR secara “As I see It” dan tidak secara “Holistic cross reference”, Melaksanakan perubahan dasar tanpa meminda POR ini terlebih dahulu dan hasilnya adalah “What you do is not what you should but what you should is not actually what you are”. Segala-galanya sudah menjadi seperti “The egg and the Chicken”! Majlis yang di beri kuasa oleh Parliamen hanya bersidang 2 tahun sekali, it upon untuk membuat pemilihan. Lembaga ‘EXCO” yang tidak jelas di dalap POR yang ada sekarang mengambil alih tugas. Dasar dan objektif Pengakap sebenar yang tersurat di dalam POR jarang sekali di kupas dan di huraikan untuk kefahaman semua ahli. Sebagi seorang Pengakap sejak umur 10 tahun, saya melihat perubahan pentadbiran Pengakap “from bad to worst” kerana kita lupa merujuk kembali kitab asal kita. Walau bagaimana pun kita masih belum terlambat untuk membanggunkan semula PPM ini supaya ia nya akan menjadi satu Pergerakan yang paling releven dulu, sekarang dan bila-bila.

Kita mesti selamatkan POR kita supaya ianya menjadi satu panduan PPM yang berbentuk GLOKAL (global dan local). Sebelum kita kea rah itu, mari kita belajar sejarah POR ini terlebih dahulu. Saya dengan penuh kesedaran dan kerelaan telah membaca dan terus membaca supaya saya dapat memberi penerangan yang cara termudah bagi suadara dan suadari memahami isi kandongan POR kita ini.


Kajian saya tentang POR kita adalah berdasarkan kepada dokumen-dokumen yang ada seperti berikut:

Ordinan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu (60/1953)

UK’s Policy, Organisation And Rules 1952 Edition edited from the 1947 Edition (effective from 1 February 1952)

Buku: “Persakutuan2 Tempatan (Local Associations)” Persakutuan Budak2 Pengakap, Pesakutuan Tanah Melayu.

POR PPM yang ada sekarang

Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968.


Jika kita lihat pada UK’s Policy, Organisation And Rules 1952 Edition (edited from the 1947 Edition) kita dapati bahawa:


POR ini mula di kuat-kuasakan pada 1 Febuari 1952.

POR ini dikeluarkan atas perintah Jawatankuasa Majlis Persekutuan Budak-Budak Pengakap diatas kuasa yang di berikan kepada mereka oleh Royal Charter of Incorporation and the Bye-Laws.


POR 1952 (United Kingdom) juga menyatakan:

“The Boy Scouts Association” telah di perbadankan oleh Royal Charter pada January 1912, dan di iktiraf oleh undang-undang sebagai sebuah kebajikan pendidikan.

His Majesty Raja England adalah Penaung Persekutuan tersebut.

Dengan Chartered Associations (Protection of Names and Uniforms)Act, 1926, dan Chartered Associations (Boy Scouts Association) Protection Order, 1927, nama persekutuan dan beberapa gelaran dan lencana diberi perlindungan undang-undang, dan mana-mana orang yang tidak berhak mengunakannya boleh di dakwa.

Saya berpendapat Pemakaian POR 1952(UK) Untuk PPM adalah kerana:

Ordinan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu mula dikuat-kuasakan pada 1953.

Memandangkan Tanah Melayu ketika itu masih dalam Jajahan Kerajaan Inggeris, maka bagi memudahkan peyerapan kaedah dan peraturan, maka POR 1952 Inggris di serap secara keseluruhan bagi Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu.(Kemungkinan pada tahun 1953)



Saya juga merujuk kepada sebuah Buku yang berjudul “Persakutuan Tempatan” (Local Associations). Di dalam POR banyak perkataan “Persakutuan Tempatan” (P.T.)di sebut. Dari isi kandong buku ini saya berpendapat ianya adalah seakan-akan Majlis Daerah Pengakap yang ada sekarang. Selain dari itu saya dapati:

Buku ini dipercayai di tulis (dalam dua bahasa) selepas Ordinan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu digubal pada tahun 1953.

Yang Berhormat Almahrum Dato’ Haji M. Eusoff b. Yusoff, C.B.E./ LL.D., J.P., Orang Kaya Kaya, Dato’ Panglima Kinta Sri Amar Bangsa di-Raja, Pengerusi, Persidangan Pengakap Persakutuan Tanah Melayu , telah menyatakan seperti berikut dalam pendahuluan buku ini:

Lord Baden Powell of Gilwell, pengasas Persakutuan Pengakap berkata yang Mengakap itu ia-ah suatu permainan bagi budak2.
Memang benar ia itu suatu permainan bagi budak2, tetapi supaya budak2 itu boleh bermain dengan sapenoh-nya perkara ini jadi-lah suatu perkerjaan bagi orang tua2. Ini tidak pula erti-nya chuma beberapa orang tua2 yang sedia memakai uniform Pergerakan dan mengambil bahagian untok melateh budak2 itu sahaja, tetapi dimaksudkan ia-lah segala orang tua2 yang ternama dan mempunyai budi pekerti yang baik – tidakpula di-mestikan orang2 yang kaya atau yang mempunyai kuasa tetapi ia-lah orang2 yang di-kenali oleh orang2 sa-peringkat-nya dan jiran2-nya sa-bagai orang2 yang oleh di-percayai, boleh di-harap dan ‘adil – orang2 yang mengambil berat di-atas pemuda2 sekarang supaya menjadi ra’ayat yang sempurna kemudian hari ini dan bersedia mengorbankan masa dan tenaga-nya menolong membentok orang muda2 itu.

Kapada orang2 ini-lah buku ini di-arangkan. Buku ini menunjokkan chara2 orang2 yang suka membuat kebajikan boleh membantu Persakutuan pengakap membentok budak2 yang penuh dengan suka ria pada hari ii menjadi orang2 yag berguna kemudian hari. Ada banyak kerja untok semua orang dan tiap2 kerja walau pu kechil akan membantu budak2 itu di-dalam hidup-nya dari waktu budak-nya yang bergembira kapada tua-nya yang berguna.
Persakutuan Pengakap Persakutuan Tanah Melayu ada mempunyai ahli2 sa-ramai 40,000 lebeh dan maseh juga bertambah. Pertolongan orang tua2 dan bantuan-nya bertambah juga di-kehendaki. Perkerjaan bagi TUAN dalam Persakutuan ini ada. Kami harap tuan akan mara kahadapan untok mengerjakan-nya

H.M. EUSOFF


Penekanan POR 1952 adalah:

POR Inggeris 1952 banyak menekankan tentang Pergerakan Pengakap di daerah dan Majlis Pengakap Daerah yang digelar sebagai Persekutuan Tempatan (Local Association).

POR ini digubal oleh Majlis Budak-Budak Pengakap bagi mentadbir pergerakan Pengakap itu.

POR ini juga mengariskan antara peranan pengakap dan juga majlis

POR ini mengandungi 3 perkara utama iaitu:
1. Dasar(Policy),
2. Organasasi(Organisation), dan
3. Peraturan-Peraturan (Rules).


Isi Kandungan POR 1952 adalah seperti berikut:

Bahagian I
Peraturan 1-21
Prinsip-Prinsip AM (General Principles)
Bahagian II
Peraturan 22-55
Organisasi Am (General Organisation)
Bahagian III
Peraturan 56-90
Tauliah (Warrants)
Bahagian IV
Peraturan 91-120
Organisasi county (County Organisation)
Bahagian V
Peraturan 121-167
Organisasi Daerah (District Organisation)
Bahagian VI
Peraturan 168-274
Organisasi Kumpulan ( Group Organisation)
Bahagian VII
Peraturan 275-301
Pakaian Seragam (Uniform)
Bahagian VIII
Peraturan 302-325
Lencana Pangkat (Badges of Rank)
Bahagian IX
Peraturan 326-357
Peraturan-Peraturan Am (General Rules)
Bahagian X
Peraturan 358-395
Bintang-Bintang dan Anugerah (Decorations and Awards)
Bahagian XI
Peraturan 396-402
Perbagai Hal (Miscellaneous)
Bahagian XII
Peraturan 403-529
Lencana Kemahiran (Proficiency Badges)
Lampiran A (Appendix A)
Lampiran B (Appendix B)
Lampiran C (Appendix C)



Isi Kandongan Buku “Persakutuan Tempatan”(Local Associations) :


Pendahuluan dan Penerangan Perkataan2 Rengkas
Pengertian2
Tawarikh
Persakutuan2 Tempatan – Apa Dia?
Ahli2 Persakutuan Tempatan
Anggota L.A.
Jawatan2 Kuasa
Meshuarat2
Meshuarat Agong Persakutuan Tempatan
Apa2 Kerja L.A. Dan Bagaimana Kerja2 itu Di-Jalankan-nya
Mendirikan Persakutuan Tempatan
Undang2(Bye-Laws)
Kerja Bagi Semua


Kandongan POR PPM Yang ada Sekarang:

Bahagian I
Tiada
Tiada
Bahagian II
Peraturan 1-9
Tujuan dan Dasar
Bahagian III
Peraturan 10-55
(terbahagi dalam 7 seksyen)
Perlembagaan Persekutuan Budak-Budak Pengakap dan Majlis Pengakap Malaysia
Bahagian IV
Peraturan 56-90
Tauliah-Tauliah – Pangkat-Pangkat
Bahagian V
Peraturan 91-120
Pertubuhan Negeri
Bahagian VI
Peraturan 121-167
Pertubuhan Daerah – Daerah Pengakap
Bahagian VII
Peraturan 168-274E
Pertubuhan Kumpulan
Bahagian VIII
Peraturan 275-357
Pakaian Seragam dan Lencana Pangkat Pakaian Seragam
Bahagian IX
Peraturan 358-395
Bintang-Bintang dan Anugerah-Anugerah
Bahagian X
Peraturan 396-403
Latihan bagi Pemimpin
Bahagian XI
Peraturan 404-410
Am

Setakat ini saya harap saudara dan saudari sudah mendapat gambaran amnya apakah POR dan apakah Akta Pengakap 1968.

Selepas ini saya akan terangkan isi kandongan POR mengikut topic-topik penting dan tidak megikut Bahagian atau mukasurat. Dengan cara penerangan mengikut topic, saudara dan saudari akan lebih memahami peraturan mengenai topic tersebut secara holistic dan meyeluruh tanpa lagi tercari-cari yang tersirat. Contoh topic seperti Tauliah, Organasasi, Majlis, Penubuhan Daerah dan Kumpulan, dan lain-lain akan saya huraikan satu persatu nanti, Insyallah. Rajin-rajin lah membaca POR jika ingin menjadi seorang Pesuruhjaya Pengakap atau Pemimpin Pengakap yang wibawa dan berpengetahuan.

Akhir sekali,

Sorong Papan Tarik Papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh baca POR semua segan,
Biar saya huraikan supaya tahu.


Salam Pengakap, sehingga kita berjumpa lagi


Mejar Hj Mior Rosli

PN PPMWPKL

Saturday, January 3, 2009

USUL-USUL DARI SC MEJAR MIOR ROSLI


USUL USUL DARI SC PPM WPKL untuk DI FIKIRKAN BERSAMA

(SILA HEBAHKAN KEPADA SEMUA PEMIMPIN DAN PESURUHJAYA)

Setelah 100 tahun Pergerakan Pengakap bertapak di Malaysia, adalah didapati banyak perkara telah terkeluar dari landasannya yang asal. Walaupun cara hidup rakyat dan teknologi kita telah banyak berubah, masaalah sosial di kalangan budak-budak, remaja, dan belia dan beliawanis kita masih sama.

Saya ingin mengusulkan beberapa perkara dalam bentuk soalan dan cadangan seperti berikut demi untuk memperkasakan Perseketuan Pengakap Malaysia supaya ianya menjadi pertubuhan yang Agong dan terpilih di kalangan budak-budak, remaja, dan belia dan beliawanis kita. Saya berharap dengan menangani usul-usul yang di bentangkan, PPMWPKL akan dapat mencorak keperibadian kepimpinan yang terbaik untuk WPKL dan Negara di masa depan.

Saya harap semua pesuruhjaya dan pemimpin di bawah kepimpinan saya membaca dan memahami usul-usul yang saya kemukakan ini. Tolong sebarkan kepada mereka yang masih tidak membaca nya. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan masih tidak faham maksud saya di sini, maka saya anggap ini adalah satu masaalah ilmu yang harus di perbetulkan sebelum kita terkeluar dari landasan Pengakap yang sebenar.

Saya tidak mahu Pemimpin dewasa di PPMWPKL menjagi "SI BUTA MEMIMPIN SI BUTA"...

Tugas ini amat berat, maka saya mahukan semua yang memahami maksud saya di sini untuk terus berjuang bersama saya demi untuk anak-anak muda yang ada sekarang.

USUL PERTAMA

melandaskan semula TUJUAN LATIHAN KEPENGAKAPAN mengikut akta pengakap 1968 dan por ppm

Menurut Seksyen 5 (1) Akta Pengakap 1968 tujuan PPM adalah untuk mengalakkan kewarganegaraan yang baik di kalangan budak-budak dengan membentuk watak mereka dan bagi mencapai maksud ini dengan:

(a) Melatih mereka mengenai perangai patuh, taat dan bergantung kepada diri sendiri;

(b) Menanam sifat-sifat setia dan bertimbang rasa kepada orang lain;

(c) Mengajar mereka perkhidmatan-perkhidmatan yang berguna untuk awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri; dan

(d) Memperbaiki kesuburan jasmani, akal dan rohani mereka.

Seksyen 5(2): Prinsip-prinsip dan amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pengakap dan prinsip-prinsip dan amalan-amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Perbadanan.

Peraturan 1(a) POR menyatakan bahawa tujuan PPM adalah untuk:

-memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya

– melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya, menurut perintah dan menimbangkan orang lain

- megajar mereka berkhidmat dan berguna kepada orang ramai, dan membuat sendiri benda-benda yang berguna bagi dirinya

- memajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap ugama.

Soalan:

Sejauh manakah Latihan Kepengakapan masa kini telah mencapai tujuan-tujuan ini?
Apakah moduil dan pendekatan yang digunakan oleh Jurulatih bagi mencapai tujuan tersebut.
Adakah sebarang ukuran secara perangkaan telah di buat bagi melihat hasil Latihan tersebut?
Adakah jurulatih-jurulatih di beri latihan yang terkini bagi memantapkan kebolehan mereka dalam membanggunkan keperibadian budak-budak dan orang muda menurut apa yang di cita oleh PPM?

cadangan:

Adalah dicadangkan supaya kita menkaji semula samaada skima latihan budak-budak, kelana dan pemimpin menepati tujuan yang di gariskan di dalam Akta Pengakap 1968 dan POR. Sekiranya Akta pengakap 1968 dan POR tidak menepati tujuan semasa WOSM, maka usaha membuat pindaan hendaklah di buat terhadap Akta dan POR.

Latihan Pengakap adalah mirip kepada kaedah �Life Long Experiential Education�. Maka adalah di sarankan supaya semua jurulatih memahami Konsep dan Kaedah latihan sebegini supaya ianya di iktiraf oleh semua institusi global -yang membuat latihan Experiential yang mengunakan kaedah-kaedah �Adventure-Based�, �Adventure-Theraphy� atau �Metaphroric�.

PPMWPKL disarankan juga membuat perangkaan dan mengunakan data-data tersebut bagi menilai sejauh mana latihan yang dijalankan mencapai tujuan dan objektif.



USUL KEDUA

skima utama LATIHAN kePENGAKAPan

Menurut buku �Scouting For Boys� Lord Baden Powell menekankan bahawa tujuan utama Kepengakapan adalah untuk membina budak-budak dalam hal-hal:

Keperibadian Diri
Kesihatan Diri dan Kekuatan Jasmani
Kerja tangan dan Kemahiran
Berkhidmat Untuk Awam

Untuk mencapai keperibadian Diri, Lord Baden Powell menyatakan bahawa mutu yang hendak di capai adalah:
Mempunyai Sikap bertimbang rasa.
Menghormati hak orang lain.
Berdisplin.
Membina sifat Kepimpinan.
Bertanggungjawab.
Menjaga maruah dan moral diri.
Kesateriaan dan kepewiraan.
Kemampuan berdikari.
Mempunyai sikap berani.
Sentiasa Riang.
Daya pemikiran yang tinggi.
Berugama dan taat pada Tuhan.
Menghormati dan dihormati.
Mempunyai harga diri.
Taat dan Setia kepada Raja, Ketua dan Ibubapa.

Dan cara untuk mencapainya hendaklah melalui:
Menjalankan kerja-kerja mengikut system berpatrol.
Mengadakan Permainan “Teambuilding� secara berkumpulan.
Court of Honor – Majlis Ketua Patrol
Memahami dan mengamalkan Undang-Undang dan Persetiaan Pengakap.
Kerja-kerja dan Aktiviti Pengakap.
Mengadakan Khemah Ibadat
Menghargai Alam Semulajadi.
Mengkaji dan bercerita tentang alam.
Astronomi.
Sayang kepada binatang.
Berkhidmat untuk orang.

Untuk mencapai taraf Kesihatan Diri dan Kekuatan Jasmani yang tinggi, Lord Baden Powell menyatakan bahawa cara untuk mencapainya hendaklah melalui amalan:
Bertanggungjawab terhadap kesihatan diri.
Ilmu Kesihatan.
Kesederhanaan.
Mengawal hawa nafsu.
Berkhemah.
Pembangunan Jasmani.
Bersukan.
Berenang.
Mengembara.
Mendaki dan aktiviti alam.


Untuk mencapai Kerja tangan dan Kemahiran , Lord Baden Powell menyatakan bahawa mutu yang hendak di capai adalah:
Kemahiran Teknikal.
Kebolehan mencipta.
Intelektual
Daya memerhati.
Boleh membuat rumusan.
Boleh menerangkan.

Dan cara untuk mencapainya hendaklah melalui amalan:
Kerja Tangan Pengakap.
Kemahiran Berkhemah.
Pioneering.
Penganugerahan melalui lencana-lencana terhadap perbagai kemahiran.
Kegiatan masa lapang.
Kemahiran di Hutan.
Menjejak Binatang

Untuk mencapai Kerja tangan dan Kemahiran , Lord Baden Powell menyatakan bahawa mutu yang hendak di capai adalah:
Tidak Mementingkan diri sendiri.
Tanggungjawab sivik.
Patriotisma.
Berkhidmat untuk Negara.
Berkhidmat untuk Kemanusiaan.
Berkhidmat dan beribadat untuk Tuhan.
Dan cara untuk mencapainya hendaklah melalui amalan:
Undang-Undang dan Persetiaan Pengakap.
Menolong Orang.
Bantuan Awalan Perubatan.
Meyelamat Nyawa.
Ahli Bomba.
Pasukan Kemalangan.
Pembantu Hospital.
Lain-lain Perkhidmatan Masyarakat.


Cadangan:

a. Adalah dicadangkan supaya satu dasar di rancang dengan penuh teliti mengenai latihan diatas dan menerbitkan bahan rujukan supaya ianya dapat di laksanakan dengan terbaik.

b. Mengambil satu pendekatan modern seperti kaedah “Experiential Learning�dan “Experiential Education� dan melatih Jurulatih-Jurulatih supaya mereka benar-benar menjadi seorang sukarelawan yang mahir dalam bidang “Prosessing the Experience� bagi mengubahkan paradigma budak-budak, remaja dan belia-belia kita supaya menjadi rakyat yang lebih cermerlang.


USUL KETIGA

LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK HINGGA KE PENTARAFAN PENGAKAP RAJA

1. latihan PENGAKAP KANAK-KANAK

Menurut Peraturan 7 kepada POR, Undang-Undang Pengakap Kanak-Kanak masih lagi Kekal hanya dua(2) Undang-Undang sahaja, tetapi amalan di semua peringkat Pengakap Kanak-Kanak ada lah sama seperti Pengakap yang lain. Peraturan ini tidak boleh di pinda sesuka hati tanpa mendapat persetujuan WOSM. Lihat juga POR Peraturan 48.

Latihan Pengakap Kanak-Kanak bermula dengan �Tenderpad� dan bukan �Tenderfoot� atau lencana keahlian sepertimana yang diamalkan sekarang.

Latihan Pengakap Kanak-Kanak seterusnya adalah Bintang Satu dan Bintang Dua. Kemudian barulah layak untuk melayakkan diri untuk mendapat lencana kepandaian khas. Lihat POR 229(1) dan (2).

CADANGAN:
di cadangkan supaya �Tenderpad� atau satu nama yang lain di kekalkan dan Bintang Satu dan Dua juga dikekalkan kerana skima yang diamalkan sekarang (Keris Gangsa, Perak dan Emas) terlalu banyak dan tidak mampu untuk dicapai.


latihan pengakap muda/remaja

Menurut POR Latihan Pengakap adalah seperti berikut:

Tenderfoot – POR 243, 246(1), 247O (1)
Kelas Dua – POR 246(1)
Lencana-lencana kepandaian 246(2)
Kelas Satu – POR 246(1), 247P(1)
Bushman’s Thong, Lencana Kelasi atau Lencan Penerbanga –POR 247P(2)
Pengakap Raja –POR 247P(3)

cadangan:

Dicadangkan skima asal dikekalkan kerana skima Usaha, Maju, Jaya terlalu panjang dan tidak mampu di laksanakan.


pengakap raja dan pentarafannya

Adalah di perhatikan mutu sesetengah Pengakap yang telah di anugerahkan dengan Penganugerah Pengakap Raja tidak memuaskan dan tidak menunujukan keperibadian yang sepatutnya.

cadangan:

Dicadangkan semasa pentarafan Pengakap Raja di buat, perkara berikut hendaklah di beri tekanan yang lebih dari kemahiran pengakap:

Kesateriaan dan Patriotisma
Makna dan amalan RUKUNEGARA
Makna dan Amalan Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
Meyediakan Buku Log mengenai khidmat Masyarakat yang telah di lakukan secara beterusan.
Perjanjian dan ikrar bawa Pengakap Raja itu akan terus berkhidmat samaada dengan pengakap atau masyarakat sepanjang hayatnya DAN berjanji akan menunjukkan keperibadian yang habis baik selagi dia memegang penanugerahan itu.

USUL KELIMA
LATIHAN SISTEM BERPATROL DAN KETUA PATROL

Sistem berpatrol adalah stau kaedah yang perlu dan yang membuat latihan pengakap berbeza dari badan-badan beruniform yang lain,. Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah kebanyakan latihan yang di kendalikan adalah kursus ketua patrol tanpa mengutamakan kefahaman apakah sistem berpatrol itu sebenarnya.

Mengumpulkan 6 hingga 8 budak-budak di dalam Patrol dan melatih mereka sebagai unit-unit berbeza dibawah ketua tanggongjawab ketua mereka sendiri adalah kunci kepada troop yang baik. Patrol ini adalah unit-unit cara biasa Pengakap sama ada untuk berkerja atau bermain, untuk menjaga tatatertib atau untuk tugas.

Setiap Budak dalam Patrol perlu di beri kesedaran bahawa dia sendiri adalah unit yang bertanggongjawab dan kerhormatan kumpulannya bergantung kepada kemampuannya memainkan peranannya. Sistem berpatrol memberi kuasa yang bebas kepada ketua-ketua Patrol untuk menguruskan kegiatan dan pentadbiran Patrolnya.

Majlis Ketua Patrol (Patrol Leaders’ Council) dan “Court of Honour� adalah sebahagian yang sangat penting dalam system berpatrol. Ianya adalah satu Jawatankuasa Tetap yang dibimbing oleh Pemimpinnya, menyelesaikan hal-hal pentadbiran dan disiplin kumpulan. Ianya membanggunkan harga diri, hal-hal kebebasan yang bertanggongjawab dan mehormati peraturan dan undang-undang, dengan masa yang sama ianya mengalakkan amalan dalam tata cara yang berguna kepada setiap ahli secara individu dan kumpulan sebagai rakyat yang berguna untuk masa depan.


Majlis Ketua-Ketua patrol ini bertanggonjawab terhadap hal-hal rutin dan pengurusan mengenai hal-hal kumpulan seperti hiburan, sukan dan lain-lain. Di dalam Majlis in Penolong-Penolong adalah juga menjadi ahli-ahli Majlis supaya mereka didedahkan dalam hal-hal Majlis. Walaubagimana pun “Court of Honour� mengandungi hanya Ketua-Ketua Patrol dan missi yang khas seperti mengendalikan kes-kes disiplin dan hal-hal anugerah.


Adalah penting agar Pemimpin Pengakap mengenal pasti mengenai nilai yang luar biasa yand dia boleh ujudkan dari Sistem Berpatrol ini. Awal mula , pertama mula Patrol adalah sekolah keperibadian untuk individu. Ianya memberi Ketua Patrol itu latihan di dalam tanggongjawab dan nilai kepimpinan. Kepada pengakap-pengakap ia mengajar sikap menurut perintah demi kebaikan kumpulan, elemen-elemen kawalan diri sendiri yang terlibat dalam semangat kerjasama dan setia kawan.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari sistem ini kita beri kebebasan stanggonjawab sepenuhnya kepada ketua budak-budak ini . Jika kita hanya beri separuh kebebasan kita hanya akan dapat separuh hasil juga. Objektif utama sistem berpatrol adalah untuk membangunkan keperibadian.

Pemimpin Pengakap yang mengharapkan kejayaan tidak boleh hanya belajar dari apa yang di tulis tentang Sistem Berpatrol dan kaedah-kaedahnya, tetapi hendaklah mempraktikkan cadangan-cadangan tentang apa yang dia baca. Yang paling penting dalam sistem ini adalah apa yang dilakukan , dan dengan cubaan yang berterusan sahaja baharulah pengalaman boleh di capai oleh ketua-ketua patrol dan semua pengakap-pegakap. Lebih banyak tanggongjawab yang kita berikan kepada mereka, pastinya mereka akan bertindak lebih dan hasilnya akan membentuk kekuatan dan keperibadian yang tinggi.


Di dalam buku Scouting for Boys , Pengasas Pergerakan Pengakap, Lord Baden Powell, mencadangkan bahawa sistem yang boleh menggalurkan semangat berkumpulan yang semula jadi adalah mengadakan sistem berpatrol di kalangan budak-budak lelaki ; dan dengan mengadakan ketua patrol dari kalangan budak-budak itu sendiri untuk menjadi ketua mereka. Lord Baden Powell berpenudapat bahawa pemimpin budak-budak ini hendaklah terdiri dari mereka yang tertua dalam kumpulan itu. Oleh yang demikian, kita perlu mempunyai kemahiran dan perhatian yang lebih semasa melatih ketua-ketua budak-budak ini. Bantuan yang paling penting kepada kelancaran system berpatrol ini adalah terletak kepada memberi kesedaran dan latihan yang betul kepada Sistem berpatrol ini.


CADANGAN:

Adalah di cadangkan bahawa Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang masih muda dan memerlukan ilmu dan bimbingan turut serta dalam kursus Ketua Patrol ini. Kursus ini tidak bertujuan untuk menggantikan apa-apa latihan formal yang diberikan kepada Pemimpin-Pemimpin pengakap tetapi ianya lebih kepada bertujuan untuk memperkasakan tanggungjawab mereka , dan kerana terdapat juga daerah-daerah yang tidak mempunyai kemudahan untuk membuat latihan ini. Buku panduan yang lengkap harus di ujudkan supaya dapat memberi satu garis panduan dan juga dapat menolong Pemimpin-Pemimpin Pengakap dan Ketua-Ketua Patrol dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kursus Ketua Patrol yang menepati kehendak Pengkap yang sebenarnya harus dirangka dan di kendalikan di setiap daerah dan akan di pimpin oleh Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang paling berpengalaman dari semua daerah dengan bantuan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah. Dengan cara ini kita akan dapat mengumpulkan pengalaman yang terbaik secara holistik dan di dedahkan kepada setiap ketua patrol semasa kursus.

Adalah diharapkan kursus Ketua Patrol seperti ini akan menarik minat budak-budak muda dan remaja untuk terus mempelajari ilmu pengakapan dan memimpin adik-adik mereka yang lain supaya menjadi pengakap yang sebenarnya, seterusnya konsep sistem berpatrol dalam kumpulan pengakap dapat di praktikan dengan jayanya.

Akhir sekali adalah di tegaskan bahawa patrol pengakap ada lah satu unit untuk latihan dan berorganisasi. Oleh yang demikian Pemimpin Pengakap mesti menentukan supaya setiap ketua patrol hendaklah di latih dalam tugas-tugas nya. Pemimpin Pengakap adalah bertanggungjawab atas perkara ini, dan kursus Ketua Patrol hendaklah di rancang untuk membantu mereka. Adalah di harapkan Buku Panduan ini akan membantu Pemimpin dan ketua patrol untuk mencapai tahap keberkesanan yang diperlukan dalam sesebuah kumpulan pengakap.

“Pengakap belajar melalui perbuatan dan Pengakap akan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh jika mereka suka apa yang mereka buat dan lakukan. Oleh yang demikian marilah kita membuat pengakapan satu tempat pembelajaran yang menyeronokkan�