Monday, February 9, 2009

JAMBORI MELAKA BADARAYA WARISAN DUNIA KE 7


JAMBORI PENGAKAP MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA KE 7
Butiran lanjut berkaitan Jambori berkenaan seperti berikut:

Tarikh :30 Mei 2009 hingga 04 Jun 2009

Peserta dijangka hadir dan mendaftar pada 29 Mei 2009 ( pagi ) dan meninggalkan Kem Pengakap Melaka pada 04 Jun 2009 ( tengahari )

Tema ‘ KEAMANAN SEJAGAT ’
Lokasi :Kem Pengakap Melaka, Bukit Katil, Melaka
Yuran :Yuran Jambori sahaja sebanyak RM 80.00 seorang dibayar secara tunaisemasa pendaftaran.

Yuran ini meliputi aktiviti Jambori, pengangkutansemasa aktiviti lawatan dalam Melaka dan Kit Jambori( kemeja ‘T’, lencana Jambori, lencana aktiviti, sijil, buku panduan , Tag )

Peserta
Peserta hendaklah berumur 13 hingga 17 tahun. Setiap 10 orang peserta hendaklah diiringi oleh seorang pemimpin dewasa.

Penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Negeri masing – masing.Aktiviti
Pelbagai aktiviti disediakan antaranya ialah lawatan, halangan, indaba,kebudayaan , xpdc, permainan, khidmat masyarakat , radio amatur , aktiviti air & pelbagai lagi.# Setiap Kontinjen diminta bersedia untuk persembahan kebudayaan.Pengesahan dari Pesuruhjaya Negeri

Sila lengkapkan borang Penyertaan Jambori dengan pengesahan dari PD dan PN dan kembalikan kepada Setiausaha Kontinjen WPKL pada atau sebelum 1 April 2009.Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka sedia menunggu maklumbalas dan menyambut kehadiran peserta di Melaka Bandaraya Warisan Dunia ; ….‘Di Mana Segalanya Bermula…’

No comments: