Monday, February 9, 2009

Pendaftaran Ahli Pengakap dan Kumpulan 2009

Bermula dari tahun 2009, PPM telah memperkenalkan sistem baru untuk pembaharuan pendaftaran ahli Pengakap. Dengan penggunaan perisian dan penghantaran maklumat secara elektronik, sistem ini dapat memudahkan pengeluaran Kad Keahlian baru dan pengumpulan maklumat ahli.

PANDUAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN AHLI

Panduan ini merujuk kepada pembaharuan pendaftaran ahli bagi :
A) Kumpulan Pengakap- Untuk Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja- Umur dari 9 – 17 tahun- Termasuk Pemimpin & Ahli Jawatankuasa dalam Kumpulan
B) Krew Kelana - Untuk Pengakap Kelana- Umur > 18 tahun- Termasuk Pemimpin & Ahli Jawatankuasa dalam Krew
C) PPM Daerah / Negeri- Untuk Pesuruhjaya/Pen. Pesuruhjaya/Ahli Majlis Pengakap Daerah/Negeri
=====================================================
BORANGDua jenis borang perlu digunakan bagi tujuan pembaharuan pendaftaran ahli.
Borang Maklumat Ahli, iaitu PPM-1(A) atau PPM-1(B)
Fail Microsoft® Excel untuk pengisian dan penghantaran maklumat ahli, iaitu PPM-2(A), PPM-2(B) atau PPM-2(C) Borang-borang yang diperlukan boleh dimuat turun dari pautan di bawah. Jenis borang adalah bergantung kepada kategori pendaftaran. Untuk muat turun, "Right-click" pada pautan yang berkenaan dan pilih "Save Target As..." untuk simpan fail dalam komputer anda.
MUAT TURUN BORANG
Kumpulan Pengakap
Krew Kelana
PPM Negeri / Daerah
PPM-1(A)
PPM-1(B)
PPM-2(A)
PPM-1(B)
PPM-2(B)
PPM-1(B)
PPM-2(C)
Klik pautan dibawah untuk membaca prosedur pendaftaran dan panduan mengisi fail Microsoft® Excel
PROSEDUR PENDAFTARAN & PANDUAN MENGISI FAIL
Kumpulan Pengakap
Krew Kelana
PPM Negeri / Daerah
Prosedur Pendaftaran
Panduan Mengisi fail PPM-2(A)
Prosedur Pendaftaran
Panduan Mengisi fail PPM-2(B)
Prosedur Pendaftaran
Panduan Mengisi fail PPM-2(C)
=====================================================
PROSEDUR PENDAFTARAN
A) Prosedur Pendaftaran Kumpulan Pengakap
1) Muat turun borang PPM-1(A) dan PPM-1(B).
2) Cetak dan agihkan borang PPM-1(A) kepada ahli untuk diisi.
3) Cetak dan agihkan borang PPM-1(B) kepada Pemimpin / Penolong Pemimpin / Ahli Jawatankuasa Kumpulan untuk diisi.
4) Kumpulkan borang PPM-1(A) dan PPM-1(B) yang telah siap diisi.
5) Muat turun fail Microsoft® Excel PPM-2(A).
6) Isikan fail Microsoft® Excel PPM-2(A) dengan maklumat ahli yang dikumpul dari borang PPM-1(A) dan PPM-1(B).
7) Cetak borang PPM-2(A) –Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli dari helaian terakhir dalam fail Microsoft® Excel PPM-2(A).
8) Tanda tangan borang tersebut dan hantarkan satu salinan kepada PPM Daerah dan PPM Negeri.
9) Buat pembayaran yuran (jumlah seperti yang dinyatakan dalam PPM-2(A)) terus ke akaun “PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA” di MAYBANK No Akaun : 514039014506
10) Hantarkan fail Microsoft® Excel PPM-2(A) melalui emel kepada daftar@scouts.my
11) Dalam emel tersebut sila sertakan maklumat dibawah:
Nama Sekolah / Maktab / Universiti / Kumpulan :No. Kumpulan :PPM Daerah :PPM Negeri :Jumlah Yuran :


B) Prosedur Pendaftaran Krew Kelana
1) Muat turun borang PPM-1(B).
2) Cetak dan agihkan borang PPM-1(B) kepada pemimpin dan ahli untuk diisi.
3) Kumpulkan borang PPM-1(B) yang telah siap diisi.
4) Muat turun fail Microsoft® Excel PPM-2(B).
5) Isikan fail Microsoft® Excel PPM-2(B) dengan maklumat ahli yang dikumpul dari borang PPM-1(B).
6) Cetak borang PPM-2(B) –Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli dari helaian terakhir dalam fail Microsoft® Excel PPM-2(B).
7) Tanda tangan borang tersebut dan hantarkan satu salinan kepada PPM Daerah dan PPM Negeri.
8) Buat pembayaran yuran (jumlah seperti yang dinyatakan dalam PPM-2(B)) terus ke akaun “PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA” di MAYBANK No Akaun : 514039014506
9) Hantarkan fail Microsoft® Excel PPM-2(B) melalui emel kepada daftar@scouts.my
10) Dalam emel tersebut sila sertakan maklumat dibawah:
Nama Sekolah / Maktab / Universiti / Kumpulan :No. Kumpulan :PPM Daerah :PPM Negeri :Jumlah Yuran :


C) Prosedur Pendaftaran PPM Daerah / Negeri
1) Muat turun borang PPM-1(B).
2) Cetak dan agihkan borang PPM-1(B) kepada semua pesuruhjaya dan ahli majlis untuk diisi.
3) Kumpulkan borang PPM-1(B) yang telah siap diisi.
4) Muat turun fail Microsoft® Excel PPM-2(C).
5) Isikan borang PPM-2(C) dengan maklumat ahli yang dikumpul dari borang PPM-1(B).
6) Cetak borang PPM-2(C) –Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli dari helaian terakhir dalam fail Microsoft® Excel PPM-2(C).
7) Tanda tangan borang tersebut dan hantarkan satu salinan kepada PPM Negeri / Ibu Pejabat PPM.
8) Buat pembayaran yuran (jumlah seperti yang dinyatakan dalam PPM-2(C)) terus ke akaun “PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA” di MAYBANK No Akaun : 514039014506
9) Hantarkan fail Microsoft® Excel PPM-2(C) melalui emel kepada daftar@scouts.my
10) Dalam emel tersebut sila sertakan maklumat dibawah:
PPM Daerah :PPM Negeri :Jumlah Yuran :


=====================================================
PANDUAN MENGISI BORANG
PANDUAN MENGISI FAIL MICROSOFT® EXCEL PPM-2(A) BAGI PENDAFTARAN KUMPULAN PENGAKAP
Borang ini hendaklah diisi dengan menggunakan HURUF BESAR. Panduan ini merujuk kepada Bahagian/Helaian di dalam fail Microsoft® Excel PPM-2(A).
Anda boleh klik <<>> untuk ke helaian seterusnya.
(A) ARAHAN
Mengandungi arahan dan panduan untuk Pendaftaran Ahli Pengakap Tahun 2009

(B) KUMP – [MAKLUMAT KUMPULAN]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat kumpulan dan maklumat pembayaran yuran :
MAKLUMAT KUMPULAN
1) No. Kumpulan
Isi No Kumpulan.
2) PPM Daerah
Isi PPM Daerah dimana Kumpulan didaftarkan.
3) PPM Negeri
Pilih dari senarai, PPM Negeri dimana Kumpulan didaftarkan.
4) Nama Sekolah / Maktab / Universiti / Kumpulan
Isi Nama Sekolah / Maktab / Universiti / Kumpulan jika berkenaan.
5) Alamat Kumpulan
Isi alamat surat-menyurat terkini kumpulan.
6) Poskod
Isi poskod untuk alamat kumpulan.
7) Bandar
Isi Bandar untuk alamat kumpulan (jika berkenaan).
8) Negeri
Isi Negeri untuk alamat kumpulan.
9) No. Telefon
Isi No. Telefon untuk dihubungi.
10) No. Faks
Isi No. Faks (jika ada).
11) Alamat E-mel
Isi alamat E-mel (jika ada).
12) No. Pendaftaran Kumpulan
Bagi kumpulan sedia ada yang memperbaharui pendaftaran ahli, isikan No. Pendaftaran Kumpulan.
Bagi kumpulan baru yang belum pernah berdaftar, biarkan kosong.

MAKLUMAT PEMBAYARAN
1) Jenis Pendaftaran
Pilih Jenis Pendaftaran, sama ada PEMBAHARUAN atau PENDAFTARAN BARU. Pendaftaran baru adalah untuk kumpulan baru yang mendaftar untuk kali pertama.
2) Jumlah Bayaran
Isi jumlah bayaran yang dibuat. Amaun ini dipetik dari borang PPM-2(A) – Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli.
3) Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran dibuat
4) No. Rujukan Pembayaran
Isikan No. Rujukan Pembayaran yang didapati dari Resit/Slip Deposit
5) Kaedah Pembayaran
Pilih Kaedah Pembayaran, sama ada CEK atau TUNAI.
6) No. Cek / Bank Draf / Wang Pos
Sekiranya pembayaran dibuat melalui Cek, Bank Draf atau Wang Pos sila isikan nama bank dan nombor Cek / Bank Draf / Wang Pos tersebut.

(C) PEMIMPIN – [SENARAI NAMA PEMIMPIN / PEN. PEMIMPIN / AHLI JAWATANKUASA KUMPULAN]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat semua Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Jawatankuasa Kumpulan.
1) Nama Penuh
Isikan nama seperti dalam Kad Pengenalan, dengan menggunakan HURUF BESAR.
2) No. K.P.
Isikan Nombor Kad Pengenalan / Nombor Polis / Nombor Tentera / Passport. Jangan masukkan jarak atau sengkang.
3) Jantina
Pilih Jantina dari senarai, sama ada Lelaki atau Perempuan.
4) Keturunan
Pilih Keturunan dari senarai. Jika tidak disenaraikan, pilih Lain-Lain.
5) Tarikh Lahir
Isikan tarikh lahir.

(D) PENGAKAP – [SENARAI NAMA AHLI PENGAKAP]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat semua ahli pengakap.
1) Nama Penuh
Isikan nama seperti dalam Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran /Passport, dengan menggunakan HURUF BESAR.
2) No. K.P.
Isikan Nombor Kad Pengenalan / Nombor Sijil Kelahiran / Passport. Jangan masukkan jarak atau sengkang.
3) Jantina
Pilih Jantina dari senarai, sama ada Lelaki atau Perempuan.
4) Keturunan
Pilih Keturunan dari senarai. Jika tidak disenaraikan, pilih Lain-Lain.
5) Tarikh Lahir
Isikan tarikh lahir ahli.

(E) BORANG – [PPM-2(A)]Sila cetak Borang PPM-2(A) Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli untuk ditandatangan. Satu salinan haruslah dihantar kepada PPM Daerah / PPM Negeri.


PANDUAN MENGISI FAIL MICROSOFT® EXCEL PPM-2(B) BAGI PENDAFTARAN KREW KELANA
Borang ini hendaklah diisi dengan menggunakan HURUF BESAR. Panduan ini merujuk kepada Bahagian/Helaian di dalam fail Microsoft® Excel PPM-2(B).
Anda boleh klik <<>> untuk ke helaian seterusnya.
(A) ARAHAN
Mengandungi arahan dan panduan untuk Pendaftaran Ahli Pengakap Tahun 2009

(B) KUMP – [MAKLUMAT KUMPULAN]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat kumpulan dan maklumat pembayaran yuran :
MAKLUMAT KUMPULAN
1) No. Kumpulan
Isi No Kumpulan.
2) PPM Daerah
Isi PPM Daerah dimana Kumpulan didaftarkan.
3) PPM Negeri
Pilih dari senarai, PPM Negeri dimana Kumpulan didaftarkan.
4) Nama Sekolah / Maktab / Universiti / Kumpulan
Isi Nama Sekolah / Maktab / Universiti / Kumpulan jika berkenaan.
5) Alamat Kumpulan
Isi alamat surat-menyurat terkini kumpulan.
6) Poskod
Isi Poskod untuk alamat kumpulan.
7) Bandar
Isi Bandar untuk alamat kumpulan (jika berkenaan).
8) Negeri
Isi Negeri untuk alamat kumpulan.
9) No. Telefon
Isi No. Telefon untuk dihubungi.
10) No. Faks
Isi No. Faks (jika ada).
11)Alamat E-mel
Isi alamat E-mel (jika ada).
12) No. Pendaftaran Kumpulan
Bagi kumpulan sedia ada yang memperbaharui pendaftaran ahli, isikan No. PendaftaranKumpulan.
Bagi kumpulan baru yang belum pernah berdaftar, biarkan kosong.

MAKLUMAT PEMBAYARAN
1) Jenis Pendaftaran
Pilih Jenis Pendaftaran, sama ada PEMBAHARUAN atau PENDAFTARAN BARU. Pendaftaran baru adalah untuk kumpulan baru yang mendaftar untuk kali pertama.
2) Jumlah Bayaran
Isi jumlah bayaran yang dibuat. Amaun ini dipetik dari borang PPM-2(B) – Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli.
3) Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran dibuat
4) No. Rujukan Pembayaran
Isikan No. Rujukan Pembayaran yang didapati dari Resit/Slip Deposit
5) Kaedah Pembayaran
Pilih Kaedah Pembayaran, sama ada CEK atau TUNAI.
6) No. Cek / Bank Draf / Wang Pos
Sekiranya pembayaran dibuat melalui Cek, Bank Draf atau Wang Pos sila isikan nama bank dan nombor Cek / Bank Draf / Wang Pos tersebut.

(C) PEMIMPIN – [SENARAI NAMA PEMIMPIN / PEN. PEMIMPIN / AHLI JAWATANKUASA KUMPULAN]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat semua Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Jawatankuasa Kumpulan.
1) Nama Penuh
Isikan nama seperti dalam Kad Pengenalan, dengan menggunakan HURUF BESAR.
2) No. K.P.
Isikan Nombor Kad Pengenalan / Nombor Polis / Nombor Tentera / Passport. Jangan masukkan jarak atau sengkang.
3) Jantina
Pilih Jantina dari senarai, sama ada Lelaki atau Perempuan.
4) Keturunan
Pilih Keturunan dari senarai. Jika tidak disenaraikan, pilih Lain-Lain.
5) Tarikh Lahir
Isikan tarikh lahir.

(D) PENGAKAP – [SENARAI NAMA AHLI PENGAKAP KELANA]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat semua ahli pengakap.
1) Nama Penuh
Isikan nama seperti dalam Kad Pengenalan / Passport, dengan menggunakan HURUF BESAR.
2) No. K.P.
Isikan Nombor Kad Pengenalan / Passport. Jangan masukkan jarak atau sengkang.
3) Jantina
Pilih Jantina dari senarai, sama ada Lelaki atau Perempuan.
4) Keturunan
Pilih Keturunan dari senarai. Jika tidak disenaraikan, pilih Lain-Lain.
5) Tarikh Lahir
Isikan tarikh lahir ahli.

(E) BORANG – [PPM-2(B)]Sila cetak Borang PPM-2(B) - Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli untuk ditandatangan. Satu salinan haruslah dihantar kepada PPM Daerah / PPM Negeri.



PANDUAN MENGISI BORANG MICROSOFT® EXCEL PPM-2(C) BAGI PENDAFTARAN PPM DAERAH / NEGERI
Borang ini hendaklah diisi dengan menggunakan HURUF BESAR. Panduan ini merujuk kepada Bahagian/Helaian di dalam fail Microsoft® Excel Borang PPM-2(C).
Anda boleh klik <<>> untuk ke helaian seterusnya.
(A) ARAHAN
Mengandungi arahan dan panduan untuk Pendaftaran Ahli Pengakap Tahun 2009

(B) NEGDAERAH – [MAKLUMAT DAERAH / NEGERI]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat PPM Daerah / Negeri dan maklumat pembayaran yuran :
MAKLUMAT DAERAH / NEGERI
1) PPM Daerah
Isikan nama PPM Daerah jika pendaftaran untuk PPM Daerah.
2) PPM Negeri
Pilih dari senarai, PPM Negeri.
3) Alamat PPM Daerah / Negeri
Isi alamat surat-menyurat PPM Daerah / Negeri yang terkini.
4) Poskod
Isi Poskod untuk alamat PPM Daerah / Negeri.
5) Bandar
Isi Bandar untuk alamat PPM Daerah / Negeri (jika berkenaan).
6) Negeri
Isi Negeri untuk alamat PPM Daerah / Negeri.
7) No. Telefon
Isi No. Telefon untuk dihubungi.
8) No. Faks
Isi No. Faks (jika ada).
9) Alamat E-mel
Isi alamat E-mel (jika ada).
10) No. Pendaftaran PPM Daerah / Negeri
Isi No. Pendaftaran bagi PPM Daerah / Negeri.

MAKLUMAT PEMBAYARAN
1) Jumlah Bayaran
Isi jumlah bayaran yang dibuat. Amaun ini dipetik dari borang PPM-2(C) – Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli.
2) Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran dibuat
3) No. Rujukan Pembayaran
Isikan No. Rujukan Pembayaran yang didapati dari Resit/Slip Deposit
4) Kaedah Pembayaran
Pilih Kaedah Pembayaran, sama ada CEK atau TUNAI.
5) No. Cek / Bank Draf / Wang Pos
Sekiranya pembayaran dibuat melalui Cek, Bank Draf atau Wang Pos sila isikan nama bank dan nombor Cek / Bank Draf / Wang Pos tersebut.

(C) PESURUHJAYA – [SENARAI NAMA PESURUHJAYA / PEN. PESURUHJAYA]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat semua Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya.
1) Nama Penuh
Isikan nama seperti dalam Kad Pengenalan, dengan menggunakan HURUF BESAR.
2) No. K.P.
Isikan Nombor Kad Pengenalan / Nombor Polis / Nombor Tentera / Passport. Jangan masukkan jarak atau sengkang.
3) Jantina
Pilih Jantina dari senarai, sama ada Lelaki atau Perempuan.
4) Keturunan
Pilih Keturunan dari senarai. Jika tidak disenaraikan, pilih Lain-Lain.
5) Tarikh Lahir
Isikan tarikh lahir.
6) Jawatan
Isikan Jawatan yang dipegang.

(D) AHLI MAJLIS – [SENARAI NAMA AHLI MAJLIS PENGAKAP DAERAH / NEGERI]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat semua Ahli Majlis Pengakap Daerah / Negeri.
1) Nama Penuh
Isikan nama seperti dalam Kad Pengenalan/ Passport, dengan menggunakan HURUF BESAR.
2) No. K.P.
Isikan Nombor Kad Pengenalan / Passport. Jangan masukkan jarak atau sengkang.
3) Jantina
Pilih Jantina dari senarai, sama ada Lelaki atau Perempuan.
4) Keturunan
Pilih Keturunan dari senarai. Jika tidak disenaraikan, pilih Lain-Lain.
5) Tarikh Lahir
Isikan tarikh lahir ahli.
6) Jawatan
Isikan Jawatan yang dipegang.

(E) BORANG – [PPM-2(C)]Sila cetak Borang PPM-2(C) - Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli untuk ditandatangan. Satu salinan haruslah dihantar kepada PPM Negeri / Ibu Pejabat PPM.

No comments: