Friday, February 27, 2009

PPM CONTROL OF WEB SITE AND BLOG

Date: Thursday, 26 February, 2009, 10:06 AM
Kepada semua ahli-ahli Pengakap d Malaysia,

Salam Pengakap !

LAMAN WEB DAN BLOG PENGAKAP

Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mengikut Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia, sebarang penyebaran maklumat melalui internet hanyalah dibenarkan beroperasi kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah dan juga Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri sahaja ( dengan kebenaran ).

Manakala diperingkat kebangsaan pula, hanya satu laman web rasmi iaitu http://www.malaysiascout.org/

Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa sertamerta ( 26 Febuari 2009 ), semua laman web dan blog persendirian yang menggunakan nama dan logo Pengakap Malaysia samada dari Kumpulan Pengakap, Pasukan Pengakap Kelana dan ahli Pengakap adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Oleh itu, segala kerjasama dan perhatian daripada pihak-pihak yang terlibat amatlah diharapkan demi untuk kemajuan pergerakan Pengakap.

Sekian. Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"

Yang menjalankan tugas,

MOHD. ZAKI NURUD-DIN @ NORDIN
Ketua Setiausaha Eksekutif
Persekutuan Pengakap Malaysia
Rumah B-P
Jalan Hang Jebat50150 Kuala Lumpur

No comments: