Friday, February 27, 2009

Kursus Induksi Radio Amatur

Rujuk : PPM-2( 102 )2009
Tarikh : 26 Febuari 2009

SEMUA Ketua Pesuruhjaya / Pesuruhjaya Pengakap Negeri

Ybhg Datuk / Dato’ / Tuan,

KURSUS INDUKSI RADIO AMATUR
KEM PENGAKAP PANTAI BAGAN LALANG, SEPANG, SELANGOR
13 MAC 2009 HINGGA 15 MAC 2009

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Pasukan Pengakap Kelana Komunikasi Ibu Pejabat PPM ( KELKOM ),akan menganjurkan Kursus Induksi Radio Amatur di Kem Pengakap Bagan Lalang, Sepang, Selangor pada 13 Mac 2009 hingga 15 Mac 2009.

2. Kursus Induksi Radio Amatur ini akan dikendalikan oleh pakar-pakar komunikasi dan ia adalah kesinambungan kepada kelas Radio Amateur Examination ( RAE ) yang telah dianjurkan oleh KELKOM. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli Pengakap untuk menceburi bidang Radio Amatur dan mengetahui mengenai kegunaan Radio Amatur serta mendalami ilmu-ilmu komunikasi.

3. Kursus ini adalah terbuka untuk Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana dan Pemimpin. Yuran yang dikenakan hanya RM 60.00 sahaja. Makanan dan minuman disediakan tetapi penginapan di dalam khemah dan pengangkutan hendaklah disediakan sendiri oleh setiap peserta. Bayaran handaklah dibuat semasa pendaftaran pada 13 Mac 2009.

4. Bersama-sama surat ini disertakan borang permohonan penyertaan dan tentatif program tersebut. Harap berhubung dengan Saudara Abd. Rahim bin Abd Hamid, Penolong Setiausaha Eksekutif Program ( 03-20780836 atau 017-6156880 ) atau Saudara Muhammad Najib Hussin di talian 017-7000756 untuk pendaftaran awal dan juga sebarang pertanyaan mengenai program ini.

5. Sehubungan dengan itu, Ibu Pejabat PPM amat berharap supaya maklumat ini dapat dipanjangkan kepada ahli-ahli dan pemimpin Pengakap dinegeri-negeri Ybhg. Datuk / Dato’ / Tuan.

Segala kerjasama dan perhatian dari Ybhg Datuk / Dato’ / Tuan matlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

Yang menjalankan tugas,
Persekutuan Pengakap Malaysia

MOHD ZAKI NURUD-DIN @ NORDIN
Ketua Setiausaha Eksekutif


s.k. Dato’ Seri Ketua Pengakap Negara

Pesuruhjaya Latihan Negara

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ( Program )

Pesuruhjaya Ibu Pejabat ( Program )

Pesuruhjaya Ibu Pejabat ( Komunikasi )

Pengerusi Pasukan Kelana Ibu Pejabat PPM ( KELKOM )


Tentatif

Tarikh (13 Mac - Jumaat) – Pendaftaran

1700 : Pendaftaran & dirikan kemah

Tarikh (14 Mac) – Hari pertama

0800 : Pendaftaran peserta.
0900 : Majlis Perasmian oleh Ketua Pengakap Negara
0930 : Sidang 1 : Pengenalan - Radio Amatur dalam Pengakap
1030 : Minum Pagi
1040 : Sidang 2 : Tatacara Penggunaan Radio Amatur
1200 : - Rehat
- Makan Tengah Hari
- Solat Zuhur
1400 : Sidang 3 : Asas Teknikal Radio Amatur
1600 : Minum Petang
1610 : Sidang 4 : JOTA
1800 : - Rehat
- Solat Asar
- Makan Malam
- Persiapan Diri
- Solat Maghrib
2000 : Sidang 5 : Komunikasi di HF
2100 : Demonstrasi Penggunaan Radio Amatur
0000 : Tutup Stesen.

Tarikh (15 Mac)-Hari Kedua

0730 : Istiadat Pagi
0800 : Sarapan Pagi
0830 : Sidang 6 : Bengkel Antena
1030 : Minum Pagi
1040 : Sidang 7 : Komunikasi Bencana/Kecemasan
1240 : Persediaan majlis penutup
1300 : Majlis Penutup oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Pentadbiran) merangkap Pengerusi Krew Kelana Komunikasi Ibu
Pejabat PPM.
1400 : Makan tengah hari
1600 : Tutup stesen.

No comments: